Tuesday, April 26, 2011

Episod 2- TESLian 143

Maaf bagi yang ternanti2 sambungan cerita yang biasa2 ni. Betul, memang ada yang ternanti2, saya bukan perasan sorang tau! Biasalah,,kita kalau dah baca satu cerita, mestilah nak tau apa yang akan terjadi selepas tu, walaupun cerita tu tak best. Sebab tu, saya minta maaf naa kot2 ada yang ternanti2 saya sambung. Dah ada dalam draft, tapi tak ter'publish'.



ini sambungannya..

enjoy! :-)






‘Angel & Demon’ yang dipinjam dari Ally kelmarin dibawa rapat ke muka. Tulisan-tulisan ber’font’ kecil nampak berbalam-balam. Kaca mata baru semalam pecah. Duduk tak menyempat nak tengok. Akibatnya, selamat je punggung dia mendarat atas cermin empat segi berbingkai tu. Alamatnya pakai meraba-rabalah 2,3 hari ni sementara tunggu yang baru siap.



Abduh yang sedari Maghrib tadi pergi ke surau kastam depan UiTM masih lagi belum balik. Biasalah, pak Ustaz tu memang, biasanya, dari Maghrib santak ke ‘Isyak dia akan ‘stay’ di sana. Amir pulak baru sekali ikut, itupun sebab kebetulan nak pergi makan tengah hari sama-sama. Bab2 solat ni memang lah liat sikit, paling-paling rajin pun, biasanya solat Maghrib je, itupun kalau sempat balik main bola, kalau tak, selamat jalan je lah jawabnya. Tapi takkan nak mengaku dekat Abduh dia malas ikut sebab berat rasa nak solat kot, dan takkan nak cakap dia uzur pulak, mau pengsan si ustaz tu nanti. Last-last ikut je lah. Itupun lepas tu habis-habisan diperli dengan geng2 lepak dia, “Wah, dah jadi warak pulak epul ni, berkawan dengan ustaz lah katakan..muahahaa!!!”



Dia pun rasa serba salah jugak dengan Abduh yang memang hari-hari akan bagi ‘hint’ secara baik ajak dia pergi ke surau. Sekali-sekala ikut pun jadilah. Ini kalau mak dia dengar dia pergi surau solat berjemaah, mesti dia sujud syukur, sebab, nak solat fardhu lima waktu pun liat semacam, especially subuh. Mengantuk tu! Dah tidur nak dekat pukul tiga ‘men’dota.Lepas tu, esok kelas mesti tersengguk-sengguk macam naik mesin kuda pony. Heh, itu gaya nak bangun subuh pergi surau? Dalam mimpilah derr...

Bunyi pintu dibuka mematikan lamunan.

“Asalamualaikum.”

Wajah Abduh tersembul di balik pintu. Tangan memegang bungkusan plastic.

“Wa’alaikumussalam.”

Novel best-seller Dan Brown diletak di tepi bantal. Aroma nasi goreng menusuk hidung.

“Lambat kau balik hari ni?”

Mata dah menangkap bungkusan polisterin di tangan Abduh. Terbayang-bayang butir-butir nasi dalam tu. Laparlah pulak rasa.

“Aku pergi arked dulu tadi. Teman Mad dengan Amin makan. Aku ingat nak makan sekali, tapi tak lapar lagi tadi. Ni ha, aku beli kat kau nasi goreng ayam. Boleh kita makan sama-sama. Tapi sorrylah, aku tak tahu kau suka makan apa. Nak text kau, phone tertinggal. Kau makan kan nasi ni?”

Amir bingkas menuruni katil bersila di lantai. Mata masih lagi tak lepas memandang Abduh yang berkain pelikat, berbaju melayu dan berkopiah. Ya, Abduh tidak kacak, tetapi ada unsur-unsur ketenangan setiap kali memandang wajahnya, lebih-lebih lagi dia telah membelikan aku nasi goreng. Lagi lah bertambah markah penilaian! Ni kalau aku ada adik perempuan, mesti aku kenen-kenenkan pada kau, Abduh. Tapi sayang, adik aku semua lelaki. isk..isk..

“Hey, apesal pandang aku macam tu? Kot ye pun lapar, takkan dengan aku-aku sekali kau nak telan. Scary kau ni! Haha..”

Abduh ketawa kecil sambil mengeluarkan polisterin dari plastik. Satu untuknya, satu untuk Amir. Kopiah putih di kepala ditanggalkan dan diletak di atas katil.

“Eh takde apa. Thanks.”

Lida terasa kelu. Bapak ah baik. Bertuah aku dapat kawan macam ni. Ustaz pun ustaz lah...

“Dah, jom makan.”

Abduh membetulkan sila.

“Jom!”

Amir cepat-cepat menyuap nasi goreng ke mulut. Hmm~ nikmat sungguh.

“Eh?”

Suapan kedua terhenti di tengah jalan apabila dia melihat Abduh masih lagi belum menyuap, tetapi kedua belah tangannya masih lagi ditadah sambil mulut kumat-kamit. Mak aih, malu aku! Baca doa dululah Amir oi! Kau kan makan dengan ustaz ni! Tak baca doa nanti, makan dengan setan tau!

Tangan turut ditadah cepat-cepat, turut mengaminkan doa Abduh yang dibaca perlahan. Tumpang doa kau lah, Abduh.. Makbul sikit. Muka dibuat-buat supaya kelihatan khusyuk, sedang dalam hati malunya bukan kepalang. Lain kali, baca doa dulu.

Kepala diangkat sedikit.

Dipandangnya wajah Abduh yang tenang.

Dia melihat Abduh tersenyum senang.

Dan dia turut perlahan-lahan mengukir senyum.

Amiin..

*******************************************


p/s: kalau ada yang tak kena, kritik je.. saya takde hal punya.

Lagi satu, kalau ada apa2 cadangan untuk menambah baik cerita 'kita' ni, just let me know, ok! bye =)



3 comments:

  1. wah!!! ader nvel tuh.. adibah2, ally bg novel 2 kt adah.. huhhuu... bty, sambung2!!!! tp.. sowier r lmbt bacer.. uhuhuhuh.. :) muah!

    ReplyDelete
  2. adah~ saje je, sebab teringat kat adah lah, dibah buat novel tu. Adah selalu dok usung ke hulu ke hilir novel tu, kan??hehe..

    Wana~ let's go together, babe!!!!

    ReplyDelete