Monday, April 18, 2011

Sedihnya Saya :-(

Dah beberapa hari saya tak update, hari ni saya nak cerita sesuatu, jadi, siapa2 yang menjengah ke sini nak baca apa2 yang bermanfaat sangat2 buat santapan rohani, entri yang ini, tidak begitu menjanjikan apa2, sebab saya cuma nak cerita sesuatu,ok. Saya kan nak jadi seperti Andrea Hirata, (tak tau, sila google), jadi saya harus lebih kerap menulis tanpa banyak kesalahan tatabahasa dan singkatan perkataan. (jangan gelakkan angan-angan saya ni tau!) Jadi anda boleh faham kan, mengapa bahasa saya agak cenderung ke arah bahasa2 buku terbitan PTS.


Sebenarnya, semenjak dua menjak ni, saya sering diganggu oleh nombor2 asing, minta berkenalan, dan apabila tak dilayan, mereka ni akan call, malahan ada yang lebih sepuluh kali.
Ya, saya tahu yang perkara2 macam ni memang biasa sangat terjadi, bukanlah suatu perkara besar yang perlu digembar-gemburkan. Anda juga mungkin akan cakap:
"biasalah tu.. orang nak try, kacau2.. rilekks sudehhh".


Saya faham, itu salah satu benda2 biasa, mula-mula tu, saya ok lagi. Saya buat tak layan je lah, kan. Tapi kerap pulak tu, tu yang saya hairan tu. Nak kata saya ada berkenalan bagi nombor pada mana2 lelaki, memang tak pernah. Yang makhluk2 Allah yang nak berkenalan konon-kononnya tu pun satu hal, dah orang cakap tak nak tu, tak nak lah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! arrgghhhhh!!!!!!!!!!!!sttreeesss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


ok sudah. istighfar banyak2 lah, semoga Allah berikan kesedaran agar 'mereka' tu tak buat perkara merimaskan ini pada anak orang lain pulak.


Sambung cerita saya, lepas tu, satu hari tu saya ambil keputusan, saya tak boleh berdiam diri, saya rasa ada yang tak kena ni, sebab kerap sangat dah orang kacau2 ni. Apa nombor saya ni dijaja2 ke apa kan? Ni bukan saya perasan 'market' tinggi ke apa. Tapi pelik lah kan, sebelum2 ni takde lah sangat.


Saya pun balas mesej salah seorang daripada timbunan nombor2 (chewah, hyper gitue!) tu, saya pun tanya, dapat kat mana nombor saya, lepas tu dia cakap nombor saya tertulis di salah satu public phone di kuala lipis..??????
Tiba2 je lepas ke lipis, saya tinggal di jengka indah permai aman sentosa, apesal lepas ke lipis pulak kan? jauhnya saya pergi nak 'promote' phone number saya. Dan mustahillah saya sendiri pergi letak, saya tak pernah buat macam tu tau.. isk..isk...

Tapi mungkin jugak tak betul apa yang dia cakap tu, saya tak boleh jugak percaya 100%, dia boleh je kalau nak tipu saya, bukannya saya boleh pun nak pergi periksa satu demi satu public phone yang ada kat lipis tu.

Lantas, sabtu hari tu, saya pun nekad nak jawab panggilan telefon yang saya dah reject sebelum tu, lepas tu saya tanya dia, dapat mana nombor saya ni. Cuba teka dia jawab apa???

Dia cakap, "saya dapat nombor awak dekat tandas".. Saya dah macam.. tandas??? ya Allah..

Lepas tu saya tanya lagi. "Tandas kat mana ye?"

Dan dia jawab, "Dekat Lipis"

Lipis???????????


Lipis?????????


Lipis???????


Adakah ianya cuma kebetulan? Ataupun yang kedua ni turut menipu?

Saya pun membuat konklusi, bahawasanya, ada hamba Allah yang mungkin telah menganiaya saya dengan meletakkan nombor saya di tempat2 tersebut, hingga lah saya menjadi mangsa kepada lelaki2 tersebut!

Jujurnya, waktu saya dapat tahu tu, saya rasa macam sedih sangat, dan saya rasa menyampah sangat dekat lelaki yang buat tu. Ya, saya mungkin berlaku tak adil, tak semena-mena tuduh lelaki yang buat, walhal tak pasti pun siapa yang buat, tapi saya rasa bukan perempuan yang buat macam tu dekat saya. Dari dahulu lagi, lelaki selalu kacau hidup saya, buat saya macam saya pernah menganggu hidup mereka! Saya rasa macam kecewa sangat, kenapalah ada yang nak buat saya macam ni. Sampai hati dia buat saya macam ni dekat saya.


Perkara ni besar kesannya buat saya, ia melibatkan maruah dan nama saya. Saya tak mahu dicop sebagai perempuan murahan yang layan mana2 lelaki, walaupun dalam sms dan telefon. Macam mana kalau jumpa nombor tu tertulis di tandas dan public phone atau tempat yang lain, dan dia tahu itu nombor saya. Maruah saya boleh tercalar. Biarpun perkara itu sudah biasa, tetapi tidak bagi saya. Macam mana pulak kalau nombor tu diselitkan juga dengan pakej yang lain, contohnya "kalau anda bosan dan perlu teman, boleh call nombor ni.." Saya banyak jumpa vandalisme2 macam ni dekat tiang2 eletrik, public phone, dalam tandas, dan dinding2 dekat bandar. Saya tak sanggup nombor saya turut disenaraikan sebagai peneman di kala bosan. :-(


Saya tak tahu apa yang patut saya lakukan. Nak tukar nombor, saya tak rasa saya nak buat macam tu. Saya dah nekad tak nak tukar nombor sampai bila2, biarlah ini menjadi nombor pertama dan terakhir saya. Saya takut ada urusan penting dan hubungan dengan kawan2 terjejas kerana tukar nombor. Setakat ini, saya hanya mampu berdoa, dan cuba mengintai hikmah di sebalik apa yang berlaku ini. Dah beberapa hari berlalu, dan saya semakin dapat berfikir dengan rasional. Perlahan-lahan saya cuba memuhasah diri yang sarat dengan dosa ini.


Saya anggap ini salah satu daripada ujian Allah untuk menguji saya. Selama ini, saya sering mengatakan bahawa saya tak nak mesej dengan lelaki, melainkan untuk hal2 yang perlu dan penting sahaja. Nah, Allah dah uji saya, benar atau tidak saya ini cukup kuat untuk menghadapi godaan dan fitnah dunia ni. Mungkin juga selama ini saya terlalu angkuh akan prinsip saya ini, hingga saya ter'tegur' secara tidak berhikmah terhadap lelaki yang cuba mendekati.


Lagi satu, mungkin Allah ingin menyedarkan saya yang dah semakin alpa ni, tentang peri pentingnya untuk memohon perlindungan dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Allah ada untuk melindungi kita, namun sebagai manusia, kita sering sahaja leka dan melupakan Allah, sedangkan hanya kepada Allah sahajalah tempat kita berserah diri dan memohon perlindungan. Sesungguhnya, saya insaf bahawasanya jika seluruh manusia berkumpul untuk menyakiti kita sekalipun, tetapi jika Allah tidak mengizinkan, maka tiada apa2 yang dapat menyakiti kita.

Hikmahnya, saya cuba menghayati surah 3 kul, yang sangat mudah dibaca, tetapi selalu sahaja lupa untuk diamalkan. Begitu juga dengan ayat kursi, selalu sahaja lepas bagi salam terus baca doa dan cabut telekung, ayat kursi dan wirid semua terbang entah ke mana. Dan sungguh, Allah itu maha penyayang, dilihatNYA hambaNYA sudah semakin jauh, ditarikNYA kembali mendekat, diberikannya ujian supaya hamba itu sedar dan kembali mengamalkan amalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNYA. Benar, kita ini sebagai manusia, hanya kepada Allah sahaja tempat kita memohon perlindungan, dan menyerah diri.


Saya harap, kalian yang membaca boleh tolong doakan saya, dan mari sama2 kita mengamalkan surah 3 kul dan ayat kursiy, semoga Allah melindungi kita dari kejahatan jin dan manusia. Macam mudah kan? surah 3 kul yang kita hafal sedari tadika dan ayat kursi yang selalu kita ulang baca waktu pendidikan islam suatu masa dulu. Namun, untuk istiqomah tu perlukan kesungguhan dan penghayatan. Selamat beramal.


p/s:

*Saya maafkan siapa pun yang dah buat kat saya macam tu, tapi pedih juga, sebab saya masih lagi manusia yang lemah iman dan kurang ilmu.


* Maaflah ye, mungkin entry ni entahapapapa sikit.

* Nanti saya post kan sambungan teslian 134.

8 comments:

  1. lah.awk kan hot.sbb 2 lah rmai org kco

    ReplyDelete
  2. la..yeke..siannya bykkan bersaba ek..ALLAH bersama kamu..

    ReplyDelete
  3. sabar ye dibah...moga 'kebal' hadapi semua tu...i know u are strong!!!

    ReplyDelete
  4. lek dibah.... jgn dilayan... kalau ade lelaki kol, bagi bapak kau ckp ngan die... atau abg ke... or adek lelaki ke.... dieorg x brani lah kalau org lelaki ckp ngan die... die igt kau perempuan die bleh kacau... lek2...

    ReplyDelete
  5. Ain pun pernah kena tapi takdela teruk cenggini,cakap jumpa my phone number kat dinding hostel guys, pffft. Tapi takdela ramai so maybe tipu. But still, rasa maruah tercalar kan? Sedih. No worries, kalau tak layan, lama-lama diorang pun fed-up. Maybe org yg guna no Dibah sebelum ni kot :/ Isbir ya ukhti, Innallahama'ana :) (betul tak ba ni, dah lama tggal :P)

    ReplyDelete
  6. aisyah~ tak nah ah hot kat dunia, takut kat akhirat hot gak..muahahahaa.

    nadrah~ thanks, ingat lg tak waktu kat tahap? sokmo je budak laki buat naya. thanks for lending ur ears anytime i wanna mengadu domba..hehe.. :-)

    shidah~ thanks shidah, doakan yg terbaik, ye.. cepat2 balik malaysia!!!.

    pojan~ ok pojan, thanks for the advice. Aku takde abang, adik lelaki pun belum mumaiyiz, suara macam kartun lagi, haha..

    ain~ syukran ya ukhti.num ain pun pernah? tulah kan, wanita ini fitnah dunia. moga Allah melindungi kita semua :-)


    Thanks to all of u, guys. Rasa macam baru lepas jumpa pakar kaunselor pulak..hehe.. jazakumullah :-)

    ReplyDelete
  7. Aku tak bersalah Dibah!!!

    Btw, Assalamualaikum sahabat. Jgn sedih2 naa >.<

    ReplyDelete