Thursday, February 3, 2011

13 kriteria lelaki yang boleh jadi idaman hati!

ok, ini saja2 je nak post, sebab perasan bosan.

1) Tak pernah tengok video atau gambar porno dengan sengaja/ dalam keadaan sedar walaupun pernah diajak rakan2.

2) Tidak merokok dan men'shisha', apatah lagi men'dadah'.

3) Berkelakuan lembah-lembut dan baik (lemah lembut bukan bermaksud maknyah), terhadap keluarga, rakan2, semua orang.

4) Mudah memaafkan orang lain.

5) Merendah diri, dan tidak membangga diri dengan kelebihan/kecerdikan/kemewahan/ kekacakan yang ada.

6) Sentiasa elakkan diri daripada mencarut, walaupun 60% percakapan teman sekeliling adalah carutan semata2.

7) Cuba sedaya upaya untuk mengelakkan memandang aurat perempuan/ perempuan. (cuba untuk menundukkan pandangan).

8) Berusaha memperbaiki diri dan tidak melepaskan peluang menuntut ilmu agama.

9) Cinta untuk berada di masjid, dan sentiasa berusaha untuk solat berjemaah di masjid tiap waktu solat.

10) Berjiwa besar, sentiasa memikirkan masalah umat, dan berusaha untuk berdakwah dengan kudrat yang ada.

11) Berusaha untuk memupuk cinta terhadap apa yang disukai Allah, dan merasa benci dengan apa yang mengundang murka Allah.

12) Tidak ego untuk menundukkan badan membuang kotoran/sampah/kayu/batu yang mengotorkan/menghalang jalan.

13) Bersalam dan mencium tangan guru/pensyarah (lelaki) apabila sudah habis kelas

* mungkin akan ditambah dari masa ke semasa.

1 comment:

  1. miss adibah, i bet this is the hottest post among the other posts. hahaha.

    ReplyDelete