Thursday, February 24, 2011

Sebab-sebab logik kenapa aku tak couple.

Kesian kat die, dari dulu sampai sekarang, tak dapat2 pakai seluar..isk..isk..dia pun malu tau!





Biasalah, rasa ingin mencintai dan dicintai ni fitrah, kan.. itu lumrah. Tak boleh blah kalau tengok pasangan couple sekarang ni. Memang sakan, romantik habis.. Kadang2 kalau rasa bosan, takde apa2 nak buat, boleh lah kita pergi mengendeng kat kawan2 kita yang tengah bergayut dengan bf/gf masing2, sambil tangan menggulung gulung rambut, gentel gentel bucu bantal, ataupun mencubit2 bear kesayangan. Time tu lah kita boleh dengar dialog2 romantik dan ada juga yang kelakar.kui..kui..kui...

Tapi, kalau yang bergayut tu tengah tumbuk2 tilam ataupun menyepak2 teddy bear kesayangan hadiah dari si dia, mahupun telah bertukar nama timangan manja dari 'sayang' dan 'bie' kepada 'ngko' dan 'aku', maka AWAS!!! jangan berani mampir, kau yang dihumbannya nanti. Biasalah.... lidah lagikan tergigit..inikan pula hubungan kita, gaduh gaduh manja biasalah, kan. sweet couple gitue!.


Ok, sudah2 lah mukaddimah...


*Fa, aku tahu kau tengah geram, mata kau sudah tidak nampak lagi..haha..terasalah tu!!

Sini saya senaraikan sebab2 logik yang saya kira masuk akal untuk diterima, untuk tidak bercouple. Tapi sebelum tu, minta maaf lah kalau ada yang terasa, saya tidak point pada sesiapa, cuma ini memang datang dari saya, alasan saya. Dan situasi ynag bakal saya datangkan juga tidak mewakili semua couple, mungkin sebahagian sahaja, yang saya tahu sahaja. Tidak berniat untuk menyinggung, sesiapa, ok?? faham??bagusss..


1) Malas nak pujuk kalau merajuk. Saya memang malas ah nak pujuk kalau merajuk2 ni. Biasa saya tengok kalau couple ni mesti ada pasang surutnya, kan.. kadang manja2, pastu ada pulak lah yang merajuknya. Kalau merajuk sekejap takpe jugak, ni merajuk lama. mengada2, kan kalau macam ni. Menyampah rasa nak pujuk2.


2) Saya malas nak care sangat fasal handphone.Biasa saya tengok orang couple ni, almost 24/7 dengan phone, kalau tak macam tu pun, pantang telefon bunyi, mesti muka berbunga ceria macam baru menang cabutan bertuah dan cepat2 lari ambil telefon. Tapi kalau buka2 mesej, atau angkat telefon tu,,bukan bf/gf , terus muka berubah 360 degree.. kalau tertinggal telefon, tak senang duduk jadiknya.Macam tertinggal tisu waktu selsema. lawak je. Saya telefon pun main campak2 je. Memang telefon sepi, kecuali waktu islamic week dulu. Itulah satu2nya saat yang mana telefon saya asyik berbunyi. Kalau tidak, dalam sehari memang senyap je objek tu. But it's not a problem at all, right? :-)

3) Saya malas texting. Ni lagi satu pasal telefon. Kalau couple, mesti nak texting, mms dan sebagainya, kan? Saya pulak memang makhluk yang malas nak balas2 mesej. Nak tekan2. Kalau ada urusan penting yang perlu xplanation panjang lebar, saya lebih senang telefon je. Even nak tanya kawan kat mana pun, lagi senang telefon je. Ni kalau ada pakwe, mesti mau balas2 mesej, kan? nanti tak balas merajuk pulak.. Kalau mesej penting takpe lah jugak. Kalau mesej tu sekadar tanya 'baby dah makan ke belum?' atau " ayang rindu abang" atau " laling buat apa hari ni?"...bla..bla...bla....Haaa, senang sangat, baik kau duduk je dalam inbox tu! Sori, kalau saya memang tak rajin ah nak text2! Baik saya tidur!

4) Lagi satu, saya takut je kalau couple ni karang, saya rasa terkongkong. Seriously, sangat membosankan bila bf tanya itu ini, pergi mana, dengan siapa, bla..bla.. hadoi..
nak2 pulak kalau dapat yang cemburu buta. Tak best lah hidup macam ni. Nak pergi mana, kena report. Nak buat apa, kena lapor. Nak beli itu ini pun, sometimes ada bf yang kena tanya dia dulu. Hey dude, this's my life, n who're u to control and get to know every single thing yang i buat...bluekk!!


5) Matang. Itulah lagi satu faktornya, yang bila masuk bab2 ingin memiliki bf ni, saya agak takut. Macam mana kalau dapat bf yang tak matang. Fine, kalau sekali sekala gila2 macam budak2 bila enjoy dengan kawan tu biasalah, kan.. Saya boleh je terima. Tapi, kalau yang memang perangai mengalahkan budak tak akil baligh lagi, menyampah derr..Bila cakap pasal perkara yang matang sikit, terkunci mulut, tak boleh bagi pendapat. Bila masuk bab2 perjuangan islam, dakwah, tarbiyyah, mulalah senyap tungap, bisu je. Tapi, kalau masuk karok, snooker, game, dota,etc..etc..dialah nombor satu.. weh, memang i tak sanggup!


6) Seterusnya, saya tak couple sebab bagi saya, couple tu kadangkala, boleh membantutkan potensi diri. Ye lah, dalam banyak2 masa yang kita ada, yang mana masa tu kita boleh manfaatkan untuk buat benda2 lain yang berfaedah, kalau couple, most probably kita akan habiskan dengan bf. Calling, texting, dating, skyping, chatting..itu semua makan masa beb! Kalau dihimpun2 masa yang diguna semua tu, agak2 nya, dah boleh khatam satu Al-Quran, takpun..dah boleh buat beberapa sesi usrah, tidakpun, beberapa jilid assignment, takpun, beratus rakaat solat sunat, takpun, berbuah-buah buku, takpun, takpun, beberapa kertas kerja boleh disubmit, takpun 2,3 program bermanfaat boleh dijalankan, takpun, berpuluh masalah ummah yang berjaya kita fikirkan solusinya. Berapa ramai pasangan couple yang saya dapati, sebelum couple mereka agak aktif dan cemerlang dalam pelajaran, tapi lepas couple, potensi diri dia seolah2 malap dan semakin malap. Sibuk dengan pasangan dan kalau gaduh, mula lah tak datang kelas dan patah semangat. See?? ya, memang bukan semua couple macam ni,tetapi, ADA..ok? ADA.. dan saya bimbang saya tergolong dalam kelompok ADA tu kalau saya couple. Minta jauh :-)


7) Lagipun, saya tak mau couple sebab, saya ni jenis susah sikit lah nak ingat tarikh2 penting, macam birthday, anniversary, dan sebagainya. Biasa kalau couple ni, mesti nak sambut anniversary lah, apa lah.. bahkan, ada juga yang sambut anniversary tiap2 bulan..wah3.. kuat betul ingatan, boleh istiqamah tiap2 bulan. Kalau saya, maaf lah banyak2 memang itu kelemahan saya, tak ingat birthday orang, apatah lagi tarikh2 ulang tahun. Setakat ni, hanya tarikh lahir mama, abah, dan saya sendiri yang saya ingat..err, kak long (yang menjadi stalker blog huduh adikmu ni), sori ye.. tarikh lahir hang pun dibah masih tak ingat..hhuuwaaa!!!!!
Lagi pun, kalau hari jadi, mesti nak bagi hadiah kat bf kite. Pening kepala nanti nak fikir nak bagi apa.


8) Kedua akhir, yang membuat saya tak nak couple ialah, saya fikir, kalau lah telah ditakdirkan ada jodoh saya di dunia ini, kesian kat dia. Sebab, kalau lah saya couple dengan orang yang bukan jodoh saya, maka kalau saya kahwin, kesian ah kat suami saya tu, nanti beliau tak dapat yang pertama. Ucapan sayang pertama, panggilan telefon bukan atas urusan penting pertama, oh, saya macam malu nak tulis banyak2.. Pendek katanya, kalau saya couple dan saya dah pernah cakap sayang kat bf saya, telefon pastu cakap manja2, gurau2..(wehh,, rasa macam geli pulak)..nanti maknanya yang betul2 jodoh saya tu tak dapat jadi lelaki pertama yang terima semua tu. Tak special lah nanti..haha...buleh tak fikir macam ni??? Itupun kalau ada lah jodoh di dunia ini, kalau takde takpe, kita jauhi maksiat inshaAllah, bukan kerana mengharapkan makhluk, tapi hanya kerana Allah..:)


9) Dan, yang paling penting, yang buat saya tak rasa tak nak couple adalah, saya takut itu akan menyebabkan saya menghampiri zina. Kamu tahu kan, Allah telah berfirman tentang ni dalam Al-Quran. Nak bukti?? Nah...

Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.


Malah, yang merindui kita, Nabi Muhammad Shallallahu'alaihi wasallam juga pernah memberi peringatan buat umat yang baginda cintai.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**

(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282


Apa kaitan couple dengan zina?

Couple tu, boleh membawa kita dekat kepada zina. Iya, saya tahu awak tak pegang2, cuma pandang2, text2, kejut subuh, bahkan qiyamullail lagi tu.. tapi awak tahu, kan.. syaitan tu akan cuba sedaya upaya, dengan penuh kesungguhan dan semangat untuk sesatkan kita. Cara terbaik, tutup rapat2 semua ruang yang syaitan boleh mencelah untuk menghasut dan mencucuk jarum dalam hati kita yang kecik ni...


Haaaa takut tak? takut tak?

Nak couple lagi tak lepas ni?

Tak payahlah, ea....

Kalau rasa cinta awak tu membuak2 sangat, nikah je terus. Habis cerita!! (^_^)

Erm.,, tapi sebenarnya, saya rasa kalau dah nikah, segala alasan saya diatas boleh je saya atasi, kecuali yang no.5. Kalau dah namanya kahwin, dan bukannya couple, suami, dan bukannya bf, boleh je nak call sampai termuntah, boleh je rasanya text sampai patah riuk jari jemari, boleh je rasanya pujuk kalau2 merajuk (tapi jangan tak makan dipujuk sangat,ok!).

sanggup je rasanya nak jaga handphone baik2 dan bawa ke hulu ke hilir, sanggup je rasanya nak lapor setiap perkara, sanggup rasanya tampal tarikh2 birthday dan anniversary di cermin dan dinding supaya ingat tak lupa2, sanggup je rasanya nak pusing satu mall cari hadiah terbaik untuk birthday.

Itu bezanya. Couple dan kahwin. InshaAllah, dalam perkahwinan yang dibina kerana Allah itu, ada berkatnya. :-)

No, saya bukan tak sabar nak kahwin, cuma saya nak kata, memang, rasa cinta yang hadir tu bukan bawah kuasa kita untuk menghalangnya. Ia hadir tanpa kita paksa.. Tapi, bercouple itu bukan caranya. Ambil yang halal, buangkan yang haram. Pilih pernikahan, singkirkan berpacaran.

Tapi, kalau masih belum saatnya yang sesuai untuk bernikah, maka pandai2 lah kita menjaga diri, memelihara nafsu, meredakan perasaan. Kita masih muda, banyak masalah umat yang menuntut kita memikirkannya, selesaikannya. Saudara kita di Palestin, Afghanistan juga menuntut perhatian cinta dari kita. Banyak lagi yang perlu kita fikirkan perlu kita usahakan dengan tenaga muda kita. Cinta sesama makhluk yang dikatakan separuh dari jiwa kita itu, jangan biarkan ianya, mengalih perhatian kita dari perjuangan mengejar cita dan berdakwah.

Buat masa ini, saya tidak memilih cinta itu untuk saya fikirkan. Banyak lagi cinta lain yang mewarnai hari-hari saya. (InshaAllah, doakan saya)

Cinta itu fitrah, jangan biarkan ia menjadi fitnah. Cinta itu indah, jangan biarkan ia menjadi nanah!! eeuuwww...

Maka tetaplah saya dengan pendirian saya, "Katakan tidak pada couple" (^_^)

Mari, kita bersama-sama!!!

semoga ada manfaat, inshaAllah :-)

* minta maaf jika ada yang saya tulis ini menyinggung perasaan sesiapa. Saya tidak berniat begitu :)





10 comments:

  1. saya sangat setuju. saya sangat tak reti nak couple btw. haha.
    thanks dibah, this somehow slaps the reality out of me. thank u thank u thank u! :)
    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. "being single is not a crime" wanie zainal

    ReplyDelete
  3. saya suka post ini! :D

    yg ni salah satu tjuk utk quranic group smlam..hoho

    ReplyDelete
  4. nia~ Alhamdulillah..praise be to Allah. Semoga kita tetap teguh dengan apa yang kita genggam sekarang.

    hidayah: :-)..InshaALLAH, sama2 kita.

    Diana: Alaaa:-( Nanti tolong share ngan dibah ye..boleh kan? nanti kita jumpa waktu LG, InshaAllah.

    Adah: takpe sayang, nanti kita minta diana jadi naqibah, cerita kat kita satu persatu semula. :-)

    ReplyDelete
  5. Hahahhahahaha, sggh rse nak gelak smpi terkencing bce kau nye blog.. tpi ape aku leh kata, mmg betol... heee terbaek ah.... kau pown byk sedarkan aku... post ni pown tlah sdarkan aku... =)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah,,..saye pom dpt ape yg saye impikan selama nii..:)))..nice to be a single girl..trassssssa nikmatNya..

    ReplyDelete
  7. sangat suke terjemahannye....

    ReplyDelete
  8. Kenapa semua ni betul,,ini yg aku cari sebenarnya

    ReplyDelete