Saturday, February 12, 2011

Sms valentine untuk si dia!

lebih kurang gini ah sms gambar yang aku hantar kat dia~ picture by google.



tett...tett..tet... handphoneku bergetar menandakan ada mesej masuk....

haha..itu ayat cliche novel. Sebenarnya semalam aku dapat satu mesej dari maxis. Mesej bergambar free sempena Valentine Day. Ada gambar hati warna merah darah dan lagi satu gambar hati warna pink dengan tulisan 'I Love U'. Aku pun fikir2, nak hantar ke tak nak, nak hantar ke tak nak, nak hantar ke tak nak.


Last2 aku ambil keputusan aku nak hantar. Selama ni tak pernah-pernah aku hantar atau mesej bergambar i love u kat dia. Biasanya cakap kat telefon je. Tapi kali ni aku rasa nak hantar, sebab gambar tu cute. Valentine pun dah around the corner..why not kan?


Aku pun forward mesej yang second tu,, yang ada ucapan i love u tu, aku tambah ucapan gudnite sekali. Cari 'my love' dalam contact list, dan send! Aku nekad ah ni. Harap-harap dia sukalah..ahaks!
Aku pun tunggu. Dia tak balas. Aku tunggu. Masih tiada balasan.. Aku terus menunggu. Tiada berbalas juga.
Aku risau gak ah kan..mana tahu dia tak suka.


Tiba2 phone aku vibrate atas meja, dan aku melompat keberukan tengok sender nya adalah 'my love'. Akhirnya dia balas juga mesej aku! Aku pun buka. Tak sabar tengok dia balas apa.. Alhamdulillah, lapang hati aku dia balas sms aku. Romantik sangat, dia memang loving and sweet...

" Thanks sayang.."

and aku juga ada hantar lagi satu dekat num lain, 'my heart', dan dia balas:

" thank u my dear. I luv u so much.."

Serius, aku rasa bahagia sangat. Aku harap hubungan aku dan dia akan baik+aman+bahagia+sentosa+sejahtera+dirahmati selamanya.

Aku tahu dia sayang aku, dan aku pun sayang gile kat dia. InshaAllah, aku cinta dia kerana Allah, dan aku harap hubungan kami diredhai Allah, dan janganlah pula cinta aku kepada dia melebihi cinta aku pada Allah dan Rasulullah..

Mana aku tak sayang, dia yang tolong aku waktu susah senang, sentiasa back-up aku walau apa pun. Comfort aku waktu aku gusar, ingatkan aku waktu aku terlupa, dan selalu nasihatkan aku.
Aku harap dia berjaya dalam apa jua urusan, dan dipermudahkan jalannya menuju redha Allah..
and hari tu, dia pernah bagi aku cincin emas. Maksudnye apa????

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=




ok sudah.

jangan biar syaiton terus biar hasut kau bersangka buruk.Si dia tu mak aku. My love. My heart tu ayah aku. Haha. Malam semalam aku hantar sebenarnya. Dan tak ada kena mengena dengan nak sambut Valentine Day pun, cuma aku guna mesej free yang dapat sempena tu je.


Bagi aku, daripada aku hantar kat bf or gf, baik hantar kat mak ayah aku. Daripada aku terus delete mesej tu sebab aku langsung tak sokong sambutan valentine day, lebih baik aku manfaatkan mesej free tu bagi kat orang yang aku sayang secara halal. Nanti aku nak bagi kat k.long aku pulak. Mesti beliau terharu! oh~



Valentine Day is around the corner, dan aku makin risau. Risau sebab takut menghadapi kemungkinan maksiat yang bakal bertambah jika sambutan tu benar2 diraikan. Coklat, teddy bear, bunga, belon, biasanya jadi hot stuff lah waktu2 gini. Asal-usul valentine tu dah satu hal, tapi masalah lebih teruk ialah, acara2 yang diraikan waktu valentine day tu.
Hari Kekasih.
haha lawaknya.. Kononnya inilah hari agung meraikan pasangan kekasih, raikan cinta kita, yang bersemi dan berputik di musim semi. Harumannya mendamaikan hati kau dan aku.. Akan ku bawa kau bersama ke syurga..ah~ sungguh plastik!



No, aku tak kata semua pasangan kekasih sambut Valentine's Day, dan aku tak kata yang aku benci orang yang menyambutnya, cuma aku benci perbuatan menyambut valentine day itu sendiri. Ia tak patut diraikan, apatah lagi diagung-agungkan. Siapalah yang bawa benda2 merapu gini..haish..



Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk menghalang perkara maksiat. Menghalang diri sendiri dan juga mencegah orang lain. Aku pun tak boleh beria cakap besar aku ni tak sambut benda2 macam ni, tak couple, bla..bla.. bla.., sebab iman manusia itu turun dan naik adanya. dan Allah yang memegang hati2 manusia dan mengurniakan hidayah. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kita hidayah, untuk tetap di jalannya, untuk tak sambut Valentine Day, untuk tidak tertipu dengan khayalan indah perbuatan maksiat sebelum kahwin yang syaiton durjana ciptakan.


Semoga Allah mengurniakan sahabat2 kita yang tercinta yang berkeinginan untuk sambut valentine day itu kesedaran untuk tidak melakukannya, dan semoga Allah hidup suburkan hati kita dengan cahaya RabbaniNYA yang tidak kunjung malap...amin.



and lagi satu, jangan malu dan jangan segan untuk ungkapkan rasa sayang dan cinta kita pada mereka yang berhak memilikinya, yang patut menerimanya. Aku lihat, ramai yang malu dan segan nak cakap i love u kat family sendiri .why not? Tapi aku dulu pun segan gak, bila dah start orait je. Rasa best sangat. Believe in me. Ucapkan sayang dan cinta kita pada mak, abah, datuk, nenek, adik, abang, kakak, sahabat2..Jangan nanti apabila sudah sampai saat dikapankan, baru kita nak menangis teresak2 menyatakan sayangnya kita pada mereka.



ucapkanlah..lafazkanlah..zahirkanlah...
itu penguat cinta kita pada mereka, inshaAllah..

5 comments:

  1. adibah!!1 I love you!!!
    uhibbukifillah...... <3

    ReplyDelete
  2. i love u too :)
    ukhwah fillh...rindu sangat2...

    ReplyDelete
  3. Adah, i love u too dear!!!! uhibbukifillah abadan abada inshaAllah :-)

    Waji: Love u sayang..(^_^)

    syafa: Alhamdulillah. sayang kamu,

    shidah: walaupun jauh, kasih sayang tetap utuh..sayang kamu sangat2..

    ReplyDelete