Monday, February 14, 2011

Sambutan Maulidur Rasul di pondok.

gambar waktu sambutan Maulidur Rasul kat pondok tahun lepas.



* entri ni aku tulis semalam..tapi baru publish.. :-) enjoy!


Hari ni Sambutan Maulidur Rasul, maka selepas bangun tidur aku pun terbayang-bayang lah budak2 sekolah berbaju melayu berarak bawa sepanduk sambil selawat ramai2. Teringat ah zaman sekolah dulu2.


Dan biasalah, manusia ni mengada, bila sesuatu tu takde baru nak hargai. Bila dah dok kat u, takde sambutan maulidur Rasul macam biasa buat waktu sekolah, terdengarlah suara2 menzahirkan "rindunyerr nak berarak maulidur rasul"... " kenapalah takde sambutan Maulidur Rasul.." dan pelbagai lagi.


Aku teringat tahun lepas punya sambutan Maulid, kat pondok. Oh ya, kau jangan tak percaya, dulu lepas SPM aku pernah gi belajar pondok sekejap. Saje mengada nak try dok kat pondok, kat Kelantan pula tu, sebab aku tak jumpa pondok yang nak terima pelajar sementara macam aku kat Pahang ni. So, dengan restu ayah bonda, aku pun pergilah mengaji pondok kat Pasir Tumboh. Kebetulan waktu aku masuk tu, dalam bulan dua, hampir2 dengan maulidur rasul. Maka aku pun terlibatlah dalam acara sambutan.


Baru aku tahu, rupanya sambutan Maulidur Rasul kat pondok ni kebanyakannya meriah yang amat. Banyak kali juga ada kelas dan kuliah batal sebab nak prepare untuk sambutan. In fact, aku rasa bertuah sebab aku masuk waktu tu, sebab muslimat pondok di'train' untuk melagukan qasidah dan burdah. Kalau tak tahu sangat pasal qasidah n burdah ni, boleh search kat internet, banyak maklumat. Aku pun belajar lah malam2 lepas mengaji ngan kak zah. Yang ajar kitorang Qasidah ni namanya kalau tak silap aku mak cik nor..


Selain qasidah, kitorang pun ada buat persembahan nasyid dan sketsa. Tapi aku kan freshie, so aku tak masuk lah. Super2 senior yang buat persembahan, pakat nyanyi ngan berlakon ramai2 dalam madrasah. Lucu gak kadang-kadang tengok diorang berlatih. Tapi seriously diorang semua memang cute!. Aku ingat lagi, diorang nyanyi lagu Pemergianmu dari inteam. Yang paling best ialah, kitorang sambut ni sesama muslimat je. Of course lah kan, kalau ada muslimin, jangan mimpilah nak nyanyi dendang bagai. Maka melaramlah kami muslimat pondok beramai2 pada hari yang berbahagia tersebut.


Lagi satu, tak lengkap rasanya kalau sambutan ni takde perarakan, kan? Kitorang pun ada berarak juga. Muslimat berarak kat bahagian belakang, dan muslimin kat depan. Perfect! macam nilah bagus, kan..Perempuan kat belakang, lelaki kat depan. Syariat terjaga, menangislah syaitan terlaknat..Tapi waktu tu aku jahat sikit, aku dok dengar2 ada yang cakap, waktu ni lah nak tengok muslimin. Ye lah, waktu kat pondok, jangankan ank jumpa, nak tengok pun memang tak boleh. Tempat belajar pun asing2 dan ada hijab antara muslimin dan muslimat. Dan golongan yang agak nakal2 ni ( setiap tempat pun aku rasa ada je yag nakal sikit, mustahil semua baik belaka) pun buat lawak lah konon inilah waktu terbaik nak tengok muslimin yang wajahnya bersih2 belaka bak kata mereka. Aku pun excited ah. Tak sabar nak tuggu perarakan nih!


Dan tibalah hari yang ditunggu2. Kami pun tunggu lah kat tepi jalan. Muslimin akan datang dari hujung jalan, kami muslimat ni tunggu kat tepi jalan bahagian tengah sikit, dan akan follow barisan diorang, so bila muslimin passed by kitorang, dapatlah menatap wajah mereka (begitulah pemikiran logik geng budak nakal tadi.) oh~ sungguh malu pula rasanya dengan pemikiran aku waktu itu.


Kitorang pun tunggu lah, sambil berselawat. Tak lama lepas tu, barisan muslimin pun hampir, nampak serba putih je semua dan aku dah ready dah ni, nak tengok muka kot2 ada yang ala2 asyraf muslim ke kan..
Tapi bila diorang makin dekat, dada aku rasa dup..dap..dup..dap..dup..dap..
Kencang sekali!!
Aku ingat aku berdebar sebab nak tengok muka diorang, tapi bila makin lama, aku rasa lain, nak2 pulak bila aku teringat tujuan aku datang pondok. Nafsu cakap pandanglah, pandanglah, pandanglah, bila lagi. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Diorang pun bukan boleh trace muka kau, kan pakai purdah tu..nak segan apa????!!



Tapi iman yang lebih nipis daripada kulit bawang pulak cakap, jangan.. berdosa macam tu.. dari mata turun ke hati.. Allah murka akan perbuatan kau.. buat apa kau pandang mereka tanpa tujuan yang sahih, syaitan itu sentiasa cuba menyesatkan anak adam. Malulah akan imej Islam yang kau bawa, malulah dengan hijab mu..malulah dengan Tuhanmu, malulah dengan rasulmu..
Ini sambutan Maulidur Rasul, jangan menyesatkan hati, jangan kotorkan hati..

Ok fine!!

Dalam hati masih 50-50, aku dalam teragak2 pun angkatlah kaki dari tepi jalan tu. Lagipun waktu tu aku tengok headgirl pondok, kak wan (beliau ni muslimat yang sangatlah baik, sebab tu layak jadi ketua pelajar muslimat). Berdiri paling jaaauuhh dari jalan, dekat dengan kedai runcit. Dan kepala beliau tunduk je.. Langsung takde tanda2 beliau nak tengok sangat muslimin yang lalu. Oh, aku pun rasa malu sangat!! Baru lah aku sedar, perbuatan aku sebentar tadi sangatlah hampeh dan dok molek bak kata ore klate. Aku pun tersedar lah waktu tu...Begitu tak cerdiklah pemikiran aku, dan terbuktilah syaitan memang licik, pandai je nak menghasut manusia berbuat dosa dengan pelbagai kaedah yang kreatif dan nampak macam tak berdosa. Waktu ni aku dah nekad,. dan aku pun beralih tanpa ingin berpaling lagi...chewah!!


Aku memang masih ingat saat2 tu. Di saat keinginan berperang dengan iman. Tapi alhamdulillah, Allah kesian lagi kat aku, bagi aku rahmat, kasih sayang. Buka pintu hati aku untuk tak lakukan perkara tu. Even cuma pandangan, ia beri impak besar dalam hidup sebenarnya.

Ok, tutup bab tu..

Aku nak sambung waktu majlis dalam madrasah. Dimulakan dengan bacaan ayat2 suci Al-Quran yang merdu dari seorang hafizah, majlis tu diserikan lagi dengan persembahan2 macam yang aku cakap sebelum tu. And waktu ni lah aku dapat lihat wajah kebanyakan isteri ustaz2 tanpa purdah. Subhanallah.. MasyaAllah..korang boleh agak ah macam mana perhiasan dunia ni punya appearance kan.. Siapa kata mereka2 yang di balik purdah dan jubah serba hitam ni tak cantik? tak enjoy life sebab tak bole melawa macam orang lain bila keluar? tak boleh nak bergaya dengan shawl yang beraneka fesyen sekarang ni?

Diorang ni, anggun dalam darjat yang tersendiri. Diorang bahagia berhias cantik hanya untuk suami. Senyuman manis di bibir hanya untuk keluarga dan sahabat handai. Dan siapa kata mereka ni tak ppandai melawa dan berfesyen? Kau salah.. Seriously kau salah. Mereka bukan tak pandai, tapi mereka lebih bijak menghias diri di waktu2 yang sesuai, masa yang perlu. Aku tak boleh nak cerita lebih2 kat sini, cuma memang muslimat waktu tu melawa belaka lah. Dan aku suka sangat tengok diorang. Selama ni just pakai hitam plain, tapi rupanya banyak jugak koleksi baju diorang yang fesyen2.. Kelas gitu!!!


Itu je lah kot yang aku nak cot-cet pasal sambut Maulid kat pondok. Tapi memang meriahlah sambutan kat pondok. Apa pun, marilah kita sama2 berusaha menjadi umat yang terbaik. Baginda telah tiada, tetapi haruman Islam yang dibawa baginda masih ada untuk kita nikmati. Basahkan lidah dengan selawat ke atas nabi. Dan ingatlah, dalam setiap lembar kehidupan, ada sunnah baginda untuk kita jadikan panduan.

Allahumma Shalli 'Ala Sayyidina Muhammad..


Salam Maulidur Rasul!!! (^_^)



2 comments:

  1. syukran dibah,, atas perkongsian. trima ksh krana mndedahkan kpd hamba Allah yg hina ini- hamba Allah yg xprnah mnjejakkn kaki ke sek pondok dan xpernah merasa kenikmatan mnyambut maulidurrasul di pondok. trimakasih!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.. tumpang tanya, macam mana cara pendaftaran pondok disana eh sebagai pelajar sementara? sya hamba Allah betul2 nak masuk sekolah pondok hujung tahun nt dalam 2 bulan sahaja. harap sudi membalasnya.. ni email sy, dhon.damaska@gmail.com syukran

    ReplyDelete