Sudah berhari saya tak update. Ada saja yang muncul di kepala, namun dibiar dahulu, sekadar tulis tajuk dan outline serba sedikit, laju saja dihantar ke draft, langsung tidak diolah, dipublish. Biarlah, nanti setelah kad metrik ini tidak lagi wajib saya tempel ke hulu ke hilir, saya yakin tak terkira banyaknya masa lapang saya di Jengka indah permai sana. Haa, waktu itu, maka segala yang berkepuk-kepuk dalam simpanan itu, akan saya keluarkan, olah dan publish. Agaknya lah. inshaAllah..
Tapi hari ni, tak tertahan rasa hati. Muncul dan asyik muncul di kepala. Sudah berbuku, sudah pun tepu. Tiada pilihan lagi, harus tulis di sini juga. Sekarang juga.
Hari ni saya sedikit penat, sedikit lesu, sedikit selsema, sedikit batuk, dan..............sebanyak sesal.
Tidak saya hirau yang penat itu, saya pernah banyak kali rasa penat yang berkali ganda dari ini, terutama waktu menguruskan islamic week dahulu. Langsung tidak saya kisah kelesuan itu, sebab tenaga itu boleh saya tambah nilaikan dengan sekadar tidur sepuluh minit dan cuba set kan dalam minda bahawa saya ini masih cergas, masih mampu aktif. Bukan masalah besar selsema dan batuk itu, sedari kecil memang sudah biasa saya rasai, dan farmasi sekilau yang sejengkal cuma itu memang sentiasa melambai2 untuk diziarahi. Tidak saya kisah semua itu, bukan terlalu sukar dan payah untuk mana2 manusia tangani dengan izin Yang Maha Mencipta.
Tapi, saya tertanya2, jikalau saya kesal begini, apa ubatnya? agak2 di farmasi sekilau, jika saya ulang ziarah seratus kali pun, masih lagi tiada berjumpa.
Kesal ini buat jiwa saya kacau. Hati saya berlagu hiba. dan minda saya tidak tenang, asyik memikir tentangnya.
Puncanya satu.
Diri saya sendiri.
Sebabnya satu.
Drama tadi.
Ya, drama tadi.
Diri saya sendiri.
Sebabnya satu.
Drama tadi.
Ya, drama tadi.
Lubuk sesalnya di situ.
Tidak, saya tidak menyalahkan drama, kamu jangan salah sangka. Saya menunding jari ke arah diri sendiri sahaja, tidak pada yang lain.
Sungguh, saya lemah menjaga dan mempertahankan diri. Betapa sebenarnya saya sedar, semakin lama, semakin jauh saya menyimpang dari landasan. Sedikit demi sedikit, selangkah demi selangkah. Maka, apabila saya sedari jalan sudah semakin kabur, dan rentak kaki sudah semakin hilang teraturnya, haruslah saya bimbang tentang diri sendiri. Betapa menyelak sejarah lampau saya langsung tidak pernah berlakon di hadapan lelaki di sekolah dahulu, tetapi kini sudah menonjolkan diri, sudah berani mempamirkan aksi, yang mana jika di sekolah dahulu, hanya muslimat sahaja yang berpeluang menontonnya. Dan lebih mengesalkan, seakan perhiasan malu itu sudah saya tanggalkan dan campak ke tepi. Mungkin, hanya sedikit kilau malu yang masih tinggal untuk mengindah diri, dan barangkali juga, semakin pudar yang sedikit itu.
Namun, itu bukan masalah pokoknya. Itu sebahagian tanggungjawab yang perlu dipenuhi sebagai penuntut jurusan ini.. Saya sudah bersedia dan memikikrkannya berkali-kali sebelum hati nekad memilih ketika mengisi UPU dahulu.
yang membuat jiwa saya sungguh sungguh kesal ialah, mengapa saya tidak mampu menjaga hijab saya, bahkan itu kehormatan saya. Setiap kali ia terselak,dan ada pula yang tidak hak turut menontonnya, terasa seolah jiwa terbenam ke dalam lumpur. Rasa diri sungguh jijik, dan semakin rendah di mata Tuhan. Dia beri saya bahagia, Dia beri saya keizinan dan kemudahan menuju cita, namun selalu saja hamba ini lalai akan perintahnya.
Entah, barangkali solat taubat dapat menarah sedikit dosa yang menggunung, namun hati yang sesal dan kesal ini, saya tidak tahu, mana mahu dicari penawar buat meredakannya.

No comments:
Post a Comment