Sunday, February 13, 2011

Baru ku tahu..ada yang rindu

Yang sepatutnya kita cintai sepenuh hati selepas Allah ~picture by google



~Ini bukan entri perasan diri dirindui :'-)


Tadi ada teringat satu hadith yang aku pernah belajar kat sekolah dulu, tapi aku tak berapa ingatlah bunyinya macam mana. Mungkin waktu kecik aku banyak sangat makan cekedi sampai aku jadi mudah lupa. Aku pun search dan alhamdulillah aku jumpa hadith tu.
Serius, aku terharu sangat bila baca. Aku nak share, dan aku harap ada yang baca.
Seorang pun cukuplah..





"Pernah suatu ketika Rasulullah S.A.W. sedang duduk di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata baginda. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w.


Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa " aku begitu rindu untuk bertemu dengan ikhwanku".


Para sahabat merasa hairan dan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah "bukankah kami ini ikhwanmu?". Maka Rasulullah s.a.w. pun menjawab. "Tidak..kamu semua adalah sahabatku, ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku dan aku sangat rindu untuk bertemu mereka..."


Titik.

Cukup sampai situ.

Ada kau rasa sesuatu di hati?

Manusia yang paling agung di dunia, manusia yang menjadi kekasih Allah itu rindu pada kamu. Pada aku. Pada kita.


Aku jadi sebak, dan aku rasa malu. Cukuplah, sudah lama aku menzalimi diri, jadi umat yang tak sedar diri, tak tahu diuntung. Sebab maulidur Rasul dah dekat, barulah aku nak cari koleksi2 selawat untuk dengar, dan cari hadith2 baginda untuk aku baca dan ulang baca, cuba untuk hayati dan ikuti. Barulah aku tertagak2 nak praktis lagukan selawat, sedangkan itulah yang sepatutnya menghias hidup aku hari-hari, bukan hari tertentu sahaja.


Aku jadi malu bila selama ni 'bila cinta' dan 'just the way u are' dan 'cerita kedai kopi' dan lagu2 ntah hape lain aku dok nyanyi hari2.


Aku jadi double malu bila aku lebih memilih membelek Lawak Kampus, Cleo, Ujang, daripada mengambil mutiara berharga daripada ar-raheequl makhtum, muntakhab ahadith, hadith 40, Patience and Gratitude dan pelbagai lagi yang boleh menambah ilmu berguna untuk aku.


Aku jadi extra malu bila selama ini aku beria dok menonton wakakaka crew punye breakdance dan tarian sorry sorry serta playful kiss berbanding 'al-kuliyyah', 'halaqah', 'semanis kurma', dan 'manisnya iman' yang boleh membina jati diri.


Aku jadi hyper malu bila aku lebih kenal rihanna, tyra banks, Eminem, Taylor Swift, Kim Hyu Jun, Lee Ming Ho dan entah apa lagi berbanding aku tahu Abu Ubaidah al Jarrah, Ja'afar at-Tayyar, Saidina Hamzah dan ramai lagi manusia mulia yang hidup dan mati mereka hanya untuk Islam, yang lebih sepatutnya aku iktibarkan perjuangan mereka.


dan aku jadi super duper malu bila ada insan sungguh mulia dan tersangat agung di dunia, bahkan Allah juga begitu kasih akannya, yang rela dilempar batu dan najis semata2 kerana Islam, yang bengkak kaki kerana khusyuk solat sepanjang malam di saat yang lain sedang lena, yang mengangkat martabat wanita, yang membawa islam dengan penuh rasa cinta, yang kasihkan umatnya, yang lemah lembut sifatnya, yang hatinya sarat cinta dan kasih sayang, yang mengikat perutnya kerana tidak punya makanan, yang sangat rindu akan kau dan aku...


tetapi..


aku lebih damba cinta manusia, lebih rindu yang lain, yang tidak langsung sepatutnya aku rindu.
Yang langsung membuat aku terlupa ada insan mulia yang menanti umatnya, ingin bertemu ikhwan yang dirinduinya..


Tidak. Aku tidak mengata kau. Tetapi aku cuma menyesali diri aku. Baginda pernah hadir bawa cahaya, namun aku lalai berusaha. Aku bimbang cahaya itu akan malap dan padam, aku tidak ingin itu terjadi pada aku, pada kau. Aku tidak ingin hidup dalam gelita, kerana aku takut tidak jumpa jalan menuju Tuhan, aku gusar tersalah jalan.
Maka dalam gusar, ayat cinta Allah, dan sabda junjungan itu jadi panduan, jadi suluhan.


Baginda sudah tiada, tapi cintanya masih tinggal untuk kita.

Baginda sudah pergi, tetapi ada sunnahnya untuk kita teladani.

Baginda sudah kembali ke sisi Allah, dan baginda sedang menanti kita dengan penuh rindu...

Sudah sampai saat untuk aku lebih memilih antara dua cinta. Jurangnya besar. Aku harus memilih satu.


Aku sudah pilih.


Semoga sempena maulidur Rasul ini, dengan hikmah cinta baginda, dengan izin Allah ta'ala, aku ingin menjadi umat yang benar-benar baginda rindui, yang lebih memilih sunnah baginda daripada keseronokan dunia, yang lebih mengikut suruhan Allah dan Rasulnya berbanding nafsu durjana.

Kamu yang membaca, tolong doakan aku, doakan kita. Moga di akhirat nanti baginda akan memberikan syafaatnya, dan berbangga punya kita sebagai umatnya.

p/s: juga tolong doakan agar segala urusan untuk mengadakan tayangan maulidur rasul dan selawat berama-ramai dipermudahkan. Mohon doa anda, semoga berjaya memohon segala fasiliti dan bilik. :-)














3 comments:

  1. syukran yea adibah.... hm.. mmg tersentap adah... slamenie duk dgr maher zain la... outlandish la... lupe lak nk selawat.. asyik dok harap ke solat je la.. bru nk selawat.. aduhai... teruknyer la.. mallunyer la.. mlm ni la, bru nk selawat.. tu pun terdgr lee yaa na gee selawat, kalu x, mmg selawat lagu rimas la.. ish... patut la rimas.. rupe2nyer nk suruh selawat... hm.. malunyer la.... :'(
    -ukhwahfillah-

    ReplyDelete
  2. now i realize... betol ckp maher zain, "I was so far from you, yet to me you are always so close".. slame ni aku slalu igt amalan aku ni buat cukup2 pown jd lah and msti diredhai pnye.. tpi... amalan yg cukup2 tu sbnrnye kosong... herm.. thx dibah bab tulis hadith ni...

    ReplyDelete
  3. adah,pojan, manusia memang mudah lupa. Dan iman itu memang turun naik adanya. InshaAllah, saling kita mengingatkan satu sama lain. Allah tidak memandang natijah, tetapi Allah memandang usaha :-).

    ReplyDelete