Sunday, February 27, 2011

Wasiat yang kita patut tahu.

Kalau sebut wasiat je, saya mesti terbayang yang ni!!!~ dunia oh dunia!!



Saya baru sahaja terbaca 10 wasiat Hassan Al-Banna. 'Ter', maksudnya secara tidak sengaja terjumpa, lalu dibaca. Sungguhlah, bersyukur kepada Allah sebab izinkan saya jumpa dan baca. Selama ni ada jugak ternampak buku2 bertajuk wasiat Hassan Al- Banna, tapi tak pernah terdetik nak beli dan baca. Namun, pagi tadi, mata saya terpaku pada mukasurat terakhir Buku himpunan Al-Ma'thurat, tertarik Pada headline nya "10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna".


Lambat-lambat saya pun membaca, dan dush!!! sungguh2 terasa.
kita ni, biasa kalau sebut wasiat, terus terbayang bayang $$$$$$$,, tak pun rumah pusaka besar2 (dan biasanya agak menyeramkan macam selalu dalam citer hantu kat tv3 tu), dan terbayang jugak tanah kebun berekar2, dan tidak terlepas, gelang, rantai, cincin, subang emas lip lap lip lap. Dunia belaka semua tu kan?


Tapi, ini wasiat yang memang tiada ternilai sedikit pun dengan tanah, duit, emas, rumah tu semua. Ini wasiat yang boleh buat kita kaya sekelip mata dengan bekalan untuk ke akhirat, yang boleh bawa kita menuju jalan yang sebenar2nya, dan paling penting, wasiat ini tak payah nak rebut2 berbalah berbunuh bunuhan dengan saudara mara lain untuk mewarisinya. Malah, wasiat ini boleh kita share2 tanpa rasa rugi atau luak sedikit pun bahagian kita. Itu bezanya, wasiat harta benda dunia, dengan wasiat untuk cemerlang di dunia, gemilang menuju akhirat sana.


Dan, lepas baca memang terus rasa bersemangat nak ikut dan cuba turut segala wasiat tu. Serta merta jugak hati rasa melonjak2 nak share ngan ramai2 orang.
Jom, kita ikuti wasiat2 yang telah beliau tinggalkan. Tapi sebelum tu, mari saya terangkan serba sikit, siapa gerangan Imam Hassan Al-Banna ni,..atau lebih tepat lagi, as-syahid imam Hassan al-Banna. Kalau pembaca yang budiman mungkin ada mengesan sebarang kesalahan pada maklumat atau pendapat yang saya bagi, tolong tegur dan betulkan,ye.. :)



Imam Hassan al-Banna ni adalah seorang da'ie (pendakwah), reformis dan pengasas ikhwanul Muslimin. Jangan tak percaya, pada usia 12 tahun, Imam Hassan al-Banna telah pun menghafal al-Quran. (kita, umur 12 tahun a.k.a. darjah 6, tak de terfikir pun nak hafal2 quran ni, boleh main kejar2 dan hantu2 lagi dok ada..malu!!).



Pada usia 23 tahun, Imam Hassan al-Banna telah menubuhkan gerakan Ikhwanul Muslimin di Bandar Islamiyyah pada Mac 1928. Dengan keizinan Allah, dan usaha gigih beliau, gerakan dakwah beliau mendapat sambutan di Mesir dan pelusuk negara2 Islam. Sudah adaatnya, jalan perjuangan itu bukan mudah dan penuh denga onak dan duri, Imam Hassan al-Banna telah ditembak oleh pembunuh dan menghembuskan nafas terakhir pada 12 Februari 1949. Innalillah wa inna ilaihi raaji'un. Gugurnya seorang pejuang agama, namun beliau telah tinggalkan kisah perjuangan untuk kita hayati dan teladani. Juga untuk kita kutip iktibar dan memacu semangat untuk terus berjuang. :)..



Ayuh, jangan buang masa, mari kita telusuri bersama satu demi satu wasiat Imam Hassan al-Banna!! (^_^)



1) Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.

2) Bacalah Al-Quran, atau pelajari tafsirnya, atau dengarkanlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.

3) Bercakaplah dengan Bahasa Arab yang fasih,kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.

4) Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.

5) Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.

6) Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.

7) Jangan engkau tinggikan suara melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.

8) Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.

9) Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal dan mengenal.

10) Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai sesuatu urusan, maka selesaikanlah dalam waktu yang sesingkat-singkatnya.

Dah, selesai baca 10 wasiat. Dalam banyak-banyak wasiat tu, mana satu rasanya telah kita amal dalam hidup?

Dengar azan terus solat? atau dengar azan terus tutup muka dengan gebar, dan kalau tengah hari pulak, cepat2 landing atas katil dan pejam mata rapat2, dengan alasan, sunat tidur sebelum zuhur...hehe... pandai2 je, buat bijok.. sunat tidur sekejap sebelum masuknya waktu zuhur (qailulah/mid-day napping), bukannya sebelum solat zuhur last minute.


Lagi satu yang buat saya gila2 terkedu dan terasa ialah pesanan ke-5 dan 6. Kita ni pantang, benda lawak sikit je, tapi ketawa nya berdekah-dekah, hilang sifat keperempuanan melayu asli, tau! Itu belum lagi kalau campur yang gelakkan kawan2 kalau diorang terkonyo ke, jatuh ke, apa2 lagi yang kita rasa lucu. Siap tragedi tu kita jadikan modal lagi buat dikenag dan disebut2 nak kenakan dia pada masa akan datang. Contohnya, si A pernah jatuh longkang, kita pun ketawa terbahak2, esok dan esok nya pulak, bila lalu dengan si A kat tempat tu lagi, mesti nak ungkit2 lagi cerita beliau tertonggeng dalam tu, then ketawa ramai2 sepuas hati. Biasalah manusia, benda2 tak penting senang je nak ingat dan recall.


Macam tu jugak dengan berjenaka. Ni memang kalau saya sendiri, susah nak control, sebab peliknya, kalau bab nak kenakan orang, memang idea datang mencurah2 dalam kepala otak. Mungkin syaiton tolong kot. Kalau tak usik kang rugi, idea dah ada, cuma perlu nak dikeluarkan sahaja. maka, kita pun gurau lah dengan dia lebih2 sampai ada yang terguris.. Dan sikap kita pun jadi tak serius, hati kita pun jadi lemah, mudah gugup, tak tetap pendirian, mudah gusar, serabut, dan lain2..



*lepas ni memang perlu kurangkan menyakat dan bergurau lebih2. Idea datang pun, cuba benam saja dalam kepala, jangan sampai terluah. Biarpun membuak-buak idea datang, sabar..tarik nafas.. tahan..tahan...


Hakikatnya, bila diteliti balik setiap wasiat tu, sedarlah saya bahawa betapa jauhnya lagi perjalanan untuk menjadi mu'min yang benar2 mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Banyak lagi perlu dibaiki, diupgrade, dipolish. Berlambak lagi anasir2 jahat dalam diri ni yang perlu diusir.


Jom awak, kita sama2 cuba yang terbaik untuk ubah diri kita. Tidak mustahil untuk kita berubah, walaupun ianya tidak mudah. Usaha bersungguh-sungguh dan keinginan yang jitu itulah kunci utama. InshaAllah, when there's a will, there's a way. :-)


* Lepas ni, jom kita cari baaannnyaaak lagi maklumat tentang para pejuang Islam, semoga jadi pembakar semangat kita untuk turut mengikut jejak langkah dan mencontohi kesungguhan mereka!!!

Thursday, February 24, 2011

Sebab-sebab logik kenapa aku tak couple.

Kesian kat die, dari dulu sampai sekarang, tak dapat2 pakai seluar..isk..isk..dia pun malu tau!





Biasalah, rasa ingin mencintai dan dicintai ni fitrah, kan.. itu lumrah. Tak boleh blah kalau tengok pasangan couple sekarang ni. Memang sakan, romantik habis.. Kadang2 kalau rasa bosan, takde apa2 nak buat, boleh lah kita pergi mengendeng kat kawan2 kita yang tengah bergayut dengan bf/gf masing2, sambil tangan menggulung gulung rambut, gentel gentel bucu bantal, ataupun mencubit2 bear kesayangan. Time tu lah kita boleh dengar dialog2 romantik dan ada juga yang kelakar.kui..kui..kui...

Tapi, kalau yang bergayut tu tengah tumbuk2 tilam ataupun menyepak2 teddy bear kesayangan hadiah dari si dia, mahupun telah bertukar nama timangan manja dari 'sayang' dan 'bie' kepada 'ngko' dan 'aku', maka AWAS!!! jangan berani mampir, kau yang dihumbannya nanti. Biasalah.... lidah lagikan tergigit..inikan pula hubungan kita, gaduh gaduh manja biasalah, kan. sweet couple gitue!.


Ok, sudah2 lah mukaddimah...


*Fa, aku tahu kau tengah geram, mata kau sudah tidak nampak lagi..haha..terasalah tu!!

Sini saya senaraikan sebab2 logik yang saya kira masuk akal untuk diterima, untuk tidak bercouple. Tapi sebelum tu, minta maaf lah kalau ada yang terasa, saya tidak point pada sesiapa, cuma ini memang datang dari saya, alasan saya. Dan situasi ynag bakal saya datangkan juga tidak mewakili semua couple, mungkin sebahagian sahaja, yang saya tahu sahaja. Tidak berniat untuk menyinggung, sesiapa, ok?? faham??bagusss..


1) Malas nak pujuk kalau merajuk. Saya memang malas ah nak pujuk kalau merajuk2 ni. Biasa saya tengok kalau couple ni mesti ada pasang surutnya, kan.. kadang manja2, pastu ada pulak lah yang merajuknya. Kalau merajuk sekejap takpe jugak, ni merajuk lama. mengada2, kan kalau macam ni. Menyampah rasa nak pujuk2.


2) Saya malas nak care sangat fasal handphone.Biasa saya tengok orang couple ni, almost 24/7 dengan phone, kalau tak macam tu pun, pantang telefon bunyi, mesti muka berbunga ceria macam baru menang cabutan bertuah dan cepat2 lari ambil telefon. Tapi kalau buka2 mesej, atau angkat telefon tu,,bukan bf/gf , terus muka berubah 360 degree.. kalau tertinggal telefon, tak senang duduk jadiknya.Macam tertinggal tisu waktu selsema. lawak je. Saya telefon pun main campak2 je. Memang telefon sepi, kecuali waktu islamic week dulu. Itulah satu2nya saat yang mana telefon saya asyik berbunyi. Kalau tidak, dalam sehari memang senyap je objek tu. But it's not a problem at all, right? :-)

3) Saya malas texting. Ni lagi satu pasal telefon. Kalau couple, mesti nak texting, mms dan sebagainya, kan? Saya pulak memang makhluk yang malas nak balas2 mesej. Nak tekan2. Kalau ada urusan penting yang perlu xplanation panjang lebar, saya lebih senang telefon je. Even nak tanya kawan kat mana pun, lagi senang telefon je. Ni kalau ada pakwe, mesti mau balas2 mesej, kan? nanti tak balas merajuk pulak.. Kalau mesej penting takpe lah jugak. Kalau mesej tu sekadar tanya 'baby dah makan ke belum?' atau " ayang rindu abang" atau " laling buat apa hari ni?"...bla..bla...bla....Haaa, senang sangat, baik kau duduk je dalam inbox tu! Sori, kalau saya memang tak rajin ah nak text2! Baik saya tidur!

4) Lagi satu, saya takut je kalau couple ni karang, saya rasa terkongkong. Seriously, sangat membosankan bila bf tanya itu ini, pergi mana, dengan siapa, bla..bla.. hadoi..
nak2 pulak kalau dapat yang cemburu buta. Tak best lah hidup macam ni. Nak pergi mana, kena report. Nak buat apa, kena lapor. Nak beli itu ini pun, sometimes ada bf yang kena tanya dia dulu. Hey dude, this's my life, n who're u to control and get to know every single thing yang i buat...bluekk!!


5) Matang. Itulah lagi satu faktornya, yang bila masuk bab2 ingin memiliki bf ni, saya agak takut. Macam mana kalau dapat bf yang tak matang. Fine, kalau sekali sekala gila2 macam budak2 bila enjoy dengan kawan tu biasalah, kan.. Saya boleh je terima. Tapi, kalau yang memang perangai mengalahkan budak tak akil baligh lagi, menyampah derr..Bila cakap pasal perkara yang matang sikit, terkunci mulut, tak boleh bagi pendapat. Bila masuk bab2 perjuangan islam, dakwah, tarbiyyah, mulalah senyap tungap, bisu je. Tapi, kalau masuk karok, snooker, game, dota,etc..etc..dialah nombor satu.. weh, memang i tak sanggup!


6) Seterusnya, saya tak couple sebab bagi saya, couple tu kadangkala, boleh membantutkan potensi diri. Ye lah, dalam banyak2 masa yang kita ada, yang mana masa tu kita boleh manfaatkan untuk buat benda2 lain yang berfaedah, kalau couple, most probably kita akan habiskan dengan bf. Calling, texting, dating, skyping, chatting..itu semua makan masa beb! Kalau dihimpun2 masa yang diguna semua tu, agak2 nya, dah boleh khatam satu Al-Quran, takpun..dah boleh buat beberapa sesi usrah, tidakpun, beberapa jilid assignment, takpun, beratus rakaat solat sunat, takpun, berbuah-buah buku, takpun, takpun, beberapa kertas kerja boleh disubmit, takpun 2,3 program bermanfaat boleh dijalankan, takpun, berpuluh masalah ummah yang berjaya kita fikirkan solusinya. Berapa ramai pasangan couple yang saya dapati, sebelum couple mereka agak aktif dan cemerlang dalam pelajaran, tapi lepas couple, potensi diri dia seolah2 malap dan semakin malap. Sibuk dengan pasangan dan kalau gaduh, mula lah tak datang kelas dan patah semangat. See?? ya, memang bukan semua couple macam ni,tetapi, ADA..ok? ADA.. dan saya bimbang saya tergolong dalam kelompok ADA tu kalau saya couple. Minta jauh :-)


7) Lagipun, saya tak mau couple sebab, saya ni jenis susah sikit lah nak ingat tarikh2 penting, macam birthday, anniversary, dan sebagainya. Biasa kalau couple ni, mesti nak sambut anniversary lah, apa lah.. bahkan, ada juga yang sambut anniversary tiap2 bulan..wah3.. kuat betul ingatan, boleh istiqamah tiap2 bulan. Kalau saya, maaf lah banyak2 memang itu kelemahan saya, tak ingat birthday orang, apatah lagi tarikh2 ulang tahun. Setakat ni, hanya tarikh lahir mama, abah, dan saya sendiri yang saya ingat..err, kak long (yang menjadi stalker blog huduh adikmu ni), sori ye.. tarikh lahir hang pun dibah masih tak ingat..hhuuwaaa!!!!!
Lagi pun, kalau hari jadi, mesti nak bagi hadiah kat bf kite. Pening kepala nanti nak fikir nak bagi apa.


8) Kedua akhir, yang membuat saya tak nak couple ialah, saya fikir, kalau lah telah ditakdirkan ada jodoh saya di dunia ini, kesian kat dia. Sebab, kalau lah saya couple dengan orang yang bukan jodoh saya, maka kalau saya kahwin, kesian ah kat suami saya tu, nanti beliau tak dapat yang pertama. Ucapan sayang pertama, panggilan telefon bukan atas urusan penting pertama, oh, saya macam malu nak tulis banyak2.. Pendek katanya, kalau saya couple dan saya dah pernah cakap sayang kat bf saya, telefon pastu cakap manja2, gurau2..(wehh,, rasa macam geli pulak)..nanti maknanya yang betul2 jodoh saya tu tak dapat jadi lelaki pertama yang terima semua tu. Tak special lah nanti..haha...buleh tak fikir macam ni??? Itupun kalau ada lah jodoh di dunia ini, kalau takde takpe, kita jauhi maksiat inshaAllah, bukan kerana mengharapkan makhluk, tapi hanya kerana Allah..:)


9) Dan, yang paling penting, yang buat saya tak rasa tak nak couple adalah, saya takut itu akan menyebabkan saya menghampiri zina. Kamu tahu kan, Allah telah berfirman tentang ni dalam Al-Quran. Nak bukti?? Nah...

Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.


Malah, yang merindui kita, Nabi Muhammad Shallallahu'alaihi wasallam juga pernah memberi peringatan buat umat yang baginda cintai.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**

(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282


Apa kaitan couple dengan zina?

Couple tu, boleh membawa kita dekat kepada zina. Iya, saya tahu awak tak pegang2, cuma pandang2, text2, kejut subuh, bahkan qiyamullail lagi tu.. tapi awak tahu, kan.. syaitan tu akan cuba sedaya upaya, dengan penuh kesungguhan dan semangat untuk sesatkan kita. Cara terbaik, tutup rapat2 semua ruang yang syaitan boleh mencelah untuk menghasut dan mencucuk jarum dalam hati kita yang kecik ni...


Haaaa takut tak? takut tak?

Nak couple lagi tak lepas ni?

Tak payahlah, ea....

Kalau rasa cinta awak tu membuak2 sangat, nikah je terus. Habis cerita!! (^_^)

Erm.,, tapi sebenarnya, saya rasa kalau dah nikah, segala alasan saya diatas boleh je saya atasi, kecuali yang no.5. Kalau dah namanya kahwin, dan bukannya couple, suami, dan bukannya bf, boleh je nak call sampai termuntah, boleh je rasanya text sampai patah riuk jari jemari, boleh je rasanya pujuk kalau2 merajuk (tapi jangan tak makan dipujuk sangat,ok!).

sanggup je rasanya nak jaga handphone baik2 dan bawa ke hulu ke hilir, sanggup je rasanya nak lapor setiap perkara, sanggup rasanya tampal tarikh2 birthday dan anniversary di cermin dan dinding supaya ingat tak lupa2, sanggup je rasanya nak pusing satu mall cari hadiah terbaik untuk birthday.

Itu bezanya. Couple dan kahwin. InshaAllah, dalam perkahwinan yang dibina kerana Allah itu, ada berkatnya. :-)

No, saya bukan tak sabar nak kahwin, cuma saya nak kata, memang, rasa cinta yang hadir tu bukan bawah kuasa kita untuk menghalangnya. Ia hadir tanpa kita paksa.. Tapi, bercouple itu bukan caranya. Ambil yang halal, buangkan yang haram. Pilih pernikahan, singkirkan berpacaran.

Tapi, kalau masih belum saatnya yang sesuai untuk bernikah, maka pandai2 lah kita menjaga diri, memelihara nafsu, meredakan perasaan. Kita masih muda, banyak masalah umat yang menuntut kita memikirkannya, selesaikannya. Saudara kita di Palestin, Afghanistan juga menuntut perhatian cinta dari kita. Banyak lagi yang perlu kita fikirkan perlu kita usahakan dengan tenaga muda kita. Cinta sesama makhluk yang dikatakan separuh dari jiwa kita itu, jangan biarkan ianya, mengalih perhatian kita dari perjuangan mengejar cita dan berdakwah.

Buat masa ini, saya tidak memilih cinta itu untuk saya fikirkan. Banyak lagi cinta lain yang mewarnai hari-hari saya. (InshaAllah, doakan saya)

Cinta itu fitrah, jangan biarkan ia menjadi fitnah. Cinta itu indah, jangan biarkan ia menjadi nanah!! eeuuwww...

Maka tetaplah saya dengan pendirian saya, "Katakan tidak pada couple" (^_^)

Mari, kita bersama-sama!!!

semoga ada manfaat, inshaAllah :-)

* minta maaf jika ada yang saya tulis ini menyinggung perasaan sesiapa. Saya tidak berniat begitu :)





Wednesday, February 23, 2011

Sesal...

~Doa~ Semoga Allah mengampunkan dosa saya.



Sudah berhari saya tak update. Ada saja yang muncul di kepala, namun dibiar dahulu, sekadar tulis tajuk dan outline serba sedikit, laju saja dihantar ke draft, langsung tidak diolah, dipublish. Biarlah, nanti setelah kad metrik ini tidak lagi wajib saya tempel ke hulu ke hilir, saya yakin tak terkira banyaknya masa lapang saya di Jengka indah permai sana. Haa, waktu itu, maka segala yang berkepuk-kepuk dalam simpanan itu, akan saya keluarkan, olah dan publish. Agaknya lah. inshaAllah..

Tapi hari ni, tak tertahan rasa hati. Muncul dan asyik muncul di kepala. Sudah berbuku, sudah pun tepu. Tiada pilihan lagi, harus tulis di sini juga. Sekarang juga.

Hari ni saya sedikit penat, sedikit lesu, sedikit selsema, sedikit batuk, dan..............sebanyak sesal.
Tidak saya hirau yang penat itu, saya pernah banyak kali rasa penat yang berkali ganda dari ini, terutama waktu menguruskan islamic week dahulu. Langsung tidak saya kisah kelesuan itu, sebab tenaga itu boleh saya tambah nilaikan dengan sekadar tidur sepuluh minit dan cuba set kan dalam minda bahawa saya ini masih cergas, masih mampu aktif. Bukan masalah besar selsema dan batuk itu, sedari kecil memang sudah biasa saya rasai, dan farmasi sekilau yang sejengkal cuma itu memang sentiasa melambai2 untuk diziarahi. Tidak saya kisah semua itu, bukan terlalu sukar dan payah untuk mana2 manusia tangani dengan izin Yang Maha Mencipta.

Tapi, saya tertanya2, jikalau saya kesal begini, apa ubatnya? agak2 di farmasi sekilau, jika saya ulang ziarah seratus kali pun, masih lagi tiada berjumpa.

Kesal ini buat jiwa saya kacau. Hati saya berlagu hiba. dan minda saya tidak tenang, asyik memikir tentangnya.

Puncanya satu.

Diri saya sendiri.

Sebabnya satu.

Drama tadi.

Ya, drama tadi.

Lubuk sesalnya di situ.

Tidak, saya tidak menyalahkan drama, kamu jangan salah sangka. Saya menunding jari ke arah diri sendiri sahaja, tidak pada yang lain.

Sungguh, saya lemah menjaga dan mempertahankan diri. Betapa sebenarnya saya sedar, semakin lama, semakin jauh saya menyimpang dari landasan. Sedikit demi sedikit, selangkah demi selangkah. Maka, apabila saya sedari jalan sudah semakin kabur, dan rentak kaki sudah semakin hilang teraturnya, haruslah saya bimbang tentang diri sendiri. Betapa menyelak sejarah lampau saya langsung tidak pernah berlakon di hadapan lelaki di sekolah dahulu, tetapi kini sudah menonjolkan diri, sudah berani mempamirkan aksi, yang mana jika di sekolah dahulu, hanya muslimat sahaja yang berpeluang menontonnya. Dan lebih mengesalkan, seakan perhiasan malu itu sudah saya tanggalkan dan campak ke tepi. Mungkin, hanya sedikit kilau malu yang masih tinggal untuk mengindah diri, dan barangkali juga, semakin pudar yang sedikit itu.

Namun, itu bukan masalah pokoknya. Itu sebahagian tanggungjawab yang perlu dipenuhi sebagai penuntut jurusan ini.. Saya sudah bersedia dan memikikrkannya berkali-kali sebelum hati nekad memilih ketika mengisi UPU dahulu.
yang membuat jiwa saya sungguh sungguh kesal ialah, mengapa saya tidak mampu menjaga hijab saya, bahkan itu kehormatan saya. Setiap kali ia terselak,dan ada pula yang tidak hak turut menontonnya, terasa seolah jiwa terbenam ke dalam lumpur. Rasa diri sungguh jijik, dan semakin rendah di mata Tuhan. Dia beri saya bahagia, Dia beri saya keizinan dan kemudahan menuju cita, namun selalu saja hamba ini lalai akan perintahnya.

Entah, barangkali solat taubat dapat menarah sedikit dosa yang menggunung, namun hati yang sesal dan kesal ini, saya tidak tahu, mana mahu dicari penawar buat meredakannya.

Thursday, February 17, 2011

Buah Hati Saya.

~kita dengan buah hati kite suka cakap2 berdua. Dia selalu buat lawak tak kelakar sangat, tapi gelak je la.. :-)






*Ini entri yang penuh ekspresi sayang. Siapa geli nak muntah, jangan baca! :p


Siapa kata hanya pakwe yang boleh buat hidup sentiasa berbunga2 ceria? Siapa kata hanya bf yang boleh buat kita rasa istimewa? Siapa kata hanya balak yang boleh buat kita senyum sampai koyak bibir?

Ada satu ruang dalam hati saya ni, untuk saya simpan sayang buat dia. Ada satu sisi dalam hidup saya, takkan lengkap tanpa dia. Ada bahagian dalam kotak memori saya, akan lompong tanpa kenangan dengan dia. Ada rindu dalam hati saya, jikalau lama tidak jumpa dia.

Entri ini khas buat dia, yang istimewa buat saya. Buah hati saya. Sahabat tercinta saya. Awak, Walaupun sekali jumpa awak macam ada masalah jiwa, tetapi tetap begini, kasih saya takkan berubah buat awak..haha..euww...geli..('^_^).

Sanah helwah ya habibatiy,
Selamat Hari Lahir sahabat,
Happy Birthday my love.

Nah, ini saja bahasa yang saya tau. walau apa pun sebutannya, ada satu yang tetap sama. Hakikat yang sama. Awak sudah makin tua!
Maka, rajin-rajinlah tambah ibadah, selalu-selalulah buat baik kat saya, ye.

InshaAllah, semoga dengan bertambahnya usia awak, semakin matang awak jadi. Semakin dekat hati dengan Allah, semakin bertambah kasih dan cinta padaNYA dan Rasulullah, semakin mendalam taat dan sayang pada umi abah dan keluarga, semakin dipermudahkan urusan awak menjalani hidup, semakin cemerlang dalam pelajaran, semakin meningkat tahap keimanan, dan semakin indah hari2 awak yang mendatang..

dan...

semoga awak jumpa si 'penyembuh rindu' awak tu! hik..hik....


Semoga Allah merahmati kita, semoga DIA rapatkan hati2 kita, semoga redhaNYA sentiasa menemani kita.


Sekian,,

Peluk cium buat awak,


~NUR LIYANA BINTI ABD. GHAFFAR~









Monday, February 14, 2011

Sambutan Maulidur Rasul di pondok.

gambar waktu sambutan Maulidur Rasul kat pondok tahun lepas.



* entri ni aku tulis semalam..tapi baru publish.. :-) enjoy!


Hari ni Sambutan Maulidur Rasul, maka selepas bangun tidur aku pun terbayang-bayang lah budak2 sekolah berbaju melayu berarak bawa sepanduk sambil selawat ramai2. Teringat ah zaman sekolah dulu2.


Dan biasalah, manusia ni mengada, bila sesuatu tu takde baru nak hargai. Bila dah dok kat u, takde sambutan maulidur Rasul macam biasa buat waktu sekolah, terdengarlah suara2 menzahirkan "rindunyerr nak berarak maulidur rasul"... " kenapalah takde sambutan Maulidur Rasul.." dan pelbagai lagi.


Aku teringat tahun lepas punya sambutan Maulid, kat pondok. Oh ya, kau jangan tak percaya, dulu lepas SPM aku pernah gi belajar pondok sekejap. Saje mengada nak try dok kat pondok, kat Kelantan pula tu, sebab aku tak jumpa pondok yang nak terima pelajar sementara macam aku kat Pahang ni. So, dengan restu ayah bonda, aku pun pergilah mengaji pondok kat Pasir Tumboh. Kebetulan waktu aku masuk tu, dalam bulan dua, hampir2 dengan maulidur rasul. Maka aku pun terlibatlah dalam acara sambutan.


Baru aku tahu, rupanya sambutan Maulidur Rasul kat pondok ni kebanyakannya meriah yang amat. Banyak kali juga ada kelas dan kuliah batal sebab nak prepare untuk sambutan. In fact, aku rasa bertuah sebab aku masuk waktu tu, sebab muslimat pondok di'train' untuk melagukan qasidah dan burdah. Kalau tak tahu sangat pasal qasidah n burdah ni, boleh search kat internet, banyak maklumat. Aku pun belajar lah malam2 lepas mengaji ngan kak zah. Yang ajar kitorang Qasidah ni namanya kalau tak silap aku mak cik nor..


Selain qasidah, kitorang pun ada buat persembahan nasyid dan sketsa. Tapi aku kan freshie, so aku tak masuk lah. Super2 senior yang buat persembahan, pakat nyanyi ngan berlakon ramai2 dalam madrasah. Lucu gak kadang-kadang tengok diorang berlatih. Tapi seriously diorang semua memang cute!. Aku ingat lagi, diorang nyanyi lagu Pemergianmu dari inteam. Yang paling best ialah, kitorang sambut ni sesama muslimat je. Of course lah kan, kalau ada muslimin, jangan mimpilah nak nyanyi dendang bagai. Maka melaramlah kami muslimat pondok beramai2 pada hari yang berbahagia tersebut.


Lagi satu, tak lengkap rasanya kalau sambutan ni takde perarakan, kan? Kitorang pun ada berarak juga. Muslimat berarak kat bahagian belakang, dan muslimin kat depan. Perfect! macam nilah bagus, kan..Perempuan kat belakang, lelaki kat depan. Syariat terjaga, menangislah syaitan terlaknat..Tapi waktu tu aku jahat sikit, aku dok dengar2 ada yang cakap, waktu ni lah nak tengok muslimin. Ye lah, waktu kat pondok, jangankan ank jumpa, nak tengok pun memang tak boleh. Tempat belajar pun asing2 dan ada hijab antara muslimin dan muslimat. Dan golongan yang agak nakal2 ni ( setiap tempat pun aku rasa ada je yag nakal sikit, mustahil semua baik belaka) pun buat lawak lah konon inilah waktu terbaik nak tengok muslimin yang wajahnya bersih2 belaka bak kata mereka. Aku pun excited ah. Tak sabar nak tuggu perarakan nih!


Dan tibalah hari yang ditunggu2. Kami pun tunggu lah kat tepi jalan. Muslimin akan datang dari hujung jalan, kami muslimat ni tunggu kat tepi jalan bahagian tengah sikit, dan akan follow barisan diorang, so bila muslimin passed by kitorang, dapatlah menatap wajah mereka (begitulah pemikiran logik geng budak nakal tadi.) oh~ sungguh malu pula rasanya dengan pemikiran aku waktu itu.


Kitorang pun tunggu lah, sambil berselawat. Tak lama lepas tu, barisan muslimin pun hampir, nampak serba putih je semua dan aku dah ready dah ni, nak tengok muka kot2 ada yang ala2 asyraf muslim ke kan..
Tapi bila diorang makin dekat, dada aku rasa dup..dap..dup..dap..dup..dap..
Kencang sekali!!
Aku ingat aku berdebar sebab nak tengok muka diorang, tapi bila makin lama, aku rasa lain, nak2 pulak bila aku teringat tujuan aku datang pondok. Nafsu cakap pandanglah, pandanglah, pandanglah, bila lagi. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Diorang pun bukan boleh trace muka kau, kan pakai purdah tu..nak segan apa????!!



Tapi iman yang lebih nipis daripada kulit bawang pulak cakap, jangan.. berdosa macam tu.. dari mata turun ke hati.. Allah murka akan perbuatan kau.. buat apa kau pandang mereka tanpa tujuan yang sahih, syaitan itu sentiasa cuba menyesatkan anak adam. Malulah akan imej Islam yang kau bawa, malulah dengan hijab mu..malulah dengan Tuhanmu, malulah dengan rasulmu..
Ini sambutan Maulidur Rasul, jangan menyesatkan hati, jangan kotorkan hati..

Ok fine!!

Dalam hati masih 50-50, aku dalam teragak2 pun angkatlah kaki dari tepi jalan tu. Lagipun waktu tu aku tengok headgirl pondok, kak wan (beliau ni muslimat yang sangatlah baik, sebab tu layak jadi ketua pelajar muslimat). Berdiri paling jaaauuhh dari jalan, dekat dengan kedai runcit. Dan kepala beliau tunduk je.. Langsung takde tanda2 beliau nak tengok sangat muslimin yang lalu. Oh, aku pun rasa malu sangat!! Baru lah aku sedar, perbuatan aku sebentar tadi sangatlah hampeh dan dok molek bak kata ore klate. Aku pun tersedar lah waktu tu...Begitu tak cerdiklah pemikiran aku, dan terbuktilah syaitan memang licik, pandai je nak menghasut manusia berbuat dosa dengan pelbagai kaedah yang kreatif dan nampak macam tak berdosa. Waktu ni aku dah nekad,. dan aku pun beralih tanpa ingin berpaling lagi...chewah!!


Aku memang masih ingat saat2 tu. Di saat keinginan berperang dengan iman. Tapi alhamdulillah, Allah kesian lagi kat aku, bagi aku rahmat, kasih sayang. Buka pintu hati aku untuk tak lakukan perkara tu. Even cuma pandangan, ia beri impak besar dalam hidup sebenarnya.

Ok, tutup bab tu..

Aku nak sambung waktu majlis dalam madrasah. Dimulakan dengan bacaan ayat2 suci Al-Quran yang merdu dari seorang hafizah, majlis tu diserikan lagi dengan persembahan2 macam yang aku cakap sebelum tu. And waktu ni lah aku dapat lihat wajah kebanyakan isteri ustaz2 tanpa purdah. Subhanallah.. MasyaAllah..korang boleh agak ah macam mana perhiasan dunia ni punya appearance kan.. Siapa kata mereka2 yang di balik purdah dan jubah serba hitam ni tak cantik? tak enjoy life sebab tak bole melawa macam orang lain bila keluar? tak boleh nak bergaya dengan shawl yang beraneka fesyen sekarang ni?

Diorang ni, anggun dalam darjat yang tersendiri. Diorang bahagia berhias cantik hanya untuk suami. Senyuman manis di bibir hanya untuk keluarga dan sahabat handai. Dan siapa kata mereka ni tak ppandai melawa dan berfesyen? Kau salah.. Seriously kau salah. Mereka bukan tak pandai, tapi mereka lebih bijak menghias diri di waktu2 yang sesuai, masa yang perlu. Aku tak boleh nak cerita lebih2 kat sini, cuma memang muslimat waktu tu melawa belaka lah. Dan aku suka sangat tengok diorang. Selama ni just pakai hitam plain, tapi rupanya banyak jugak koleksi baju diorang yang fesyen2.. Kelas gitu!!!


Itu je lah kot yang aku nak cot-cet pasal sambut Maulid kat pondok. Tapi memang meriahlah sambutan kat pondok. Apa pun, marilah kita sama2 berusaha menjadi umat yang terbaik. Baginda telah tiada, tetapi haruman Islam yang dibawa baginda masih ada untuk kita nikmati. Basahkan lidah dengan selawat ke atas nabi. Dan ingatlah, dalam setiap lembar kehidupan, ada sunnah baginda untuk kita jadikan panduan.

Allahumma Shalli 'Ala Sayyidina Muhammad..


Salam Maulidur Rasul!!! (^_^)



Sunday, February 13, 2011

Baru ku tahu..ada yang rindu

Yang sepatutnya kita cintai sepenuh hati selepas Allah ~picture by google



~Ini bukan entri perasan diri dirindui :'-)


Tadi ada teringat satu hadith yang aku pernah belajar kat sekolah dulu, tapi aku tak berapa ingatlah bunyinya macam mana. Mungkin waktu kecik aku banyak sangat makan cekedi sampai aku jadi mudah lupa. Aku pun search dan alhamdulillah aku jumpa hadith tu.
Serius, aku terharu sangat bila baca. Aku nak share, dan aku harap ada yang baca.
Seorang pun cukuplah..





"Pernah suatu ketika Rasulullah S.A.W. sedang duduk di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata baginda. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w.


Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa " aku begitu rindu untuk bertemu dengan ikhwanku".


Para sahabat merasa hairan dan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah "bukankah kami ini ikhwanmu?". Maka Rasulullah s.a.w. pun menjawab. "Tidak..kamu semua adalah sahabatku, ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku dan aku sangat rindu untuk bertemu mereka..."


Titik.

Cukup sampai situ.

Ada kau rasa sesuatu di hati?

Manusia yang paling agung di dunia, manusia yang menjadi kekasih Allah itu rindu pada kamu. Pada aku. Pada kita.


Aku jadi sebak, dan aku rasa malu. Cukuplah, sudah lama aku menzalimi diri, jadi umat yang tak sedar diri, tak tahu diuntung. Sebab maulidur Rasul dah dekat, barulah aku nak cari koleksi2 selawat untuk dengar, dan cari hadith2 baginda untuk aku baca dan ulang baca, cuba untuk hayati dan ikuti. Barulah aku tertagak2 nak praktis lagukan selawat, sedangkan itulah yang sepatutnya menghias hidup aku hari-hari, bukan hari tertentu sahaja.


Aku jadi malu bila selama ni 'bila cinta' dan 'just the way u are' dan 'cerita kedai kopi' dan lagu2 ntah hape lain aku dok nyanyi hari2.


Aku jadi double malu bila aku lebih memilih membelek Lawak Kampus, Cleo, Ujang, daripada mengambil mutiara berharga daripada ar-raheequl makhtum, muntakhab ahadith, hadith 40, Patience and Gratitude dan pelbagai lagi yang boleh menambah ilmu berguna untuk aku.


Aku jadi extra malu bila selama ini aku beria dok menonton wakakaka crew punye breakdance dan tarian sorry sorry serta playful kiss berbanding 'al-kuliyyah', 'halaqah', 'semanis kurma', dan 'manisnya iman' yang boleh membina jati diri.


Aku jadi hyper malu bila aku lebih kenal rihanna, tyra banks, Eminem, Taylor Swift, Kim Hyu Jun, Lee Ming Ho dan entah apa lagi berbanding aku tahu Abu Ubaidah al Jarrah, Ja'afar at-Tayyar, Saidina Hamzah dan ramai lagi manusia mulia yang hidup dan mati mereka hanya untuk Islam, yang lebih sepatutnya aku iktibarkan perjuangan mereka.


dan aku jadi super duper malu bila ada insan sungguh mulia dan tersangat agung di dunia, bahkan Allah juga begitu kasih akannya, yang rela dilempar batu dan najis semata2 kerana Islam, yang bengkak kaki kerana khusyuk solat sepanjang malam di saat yang lain sedang lena, yang mengangkat martabat wanita, yang membawa islam dengan penuh rasa cinta, yang kasihkan umatnya, yang lemah lembut sifatnya, yang hatinya sarat cinta dan kasih sayang, yang mengikat perutnya kerana tidak punya makanan, yang sangat rindu akan kau dan aku...


tetapi..


aku lebih damba cinta manusia, lebih rindu yang lain, yang tidak langsung sepatutnya aku rindu.
Yang langsung membuat aku terlupa ada insan mulia yang menanti umatnya, ingin bertemu ikhwan yang dirinduinya..


Tidak. Aku tidak mengata kau. Tetapi aku cuma menyesali diri aku. Baginda pernah hadir bawa cahaya, namun aku lalai berusaha. Aku bimbang cahaya itu akan malap dan padam, aku tidak ingin itu terjadi pada aku, pada kau. Aku tidak ingin hidup dalam gelita, kerana aku takut tidak jumpa jalan menuju Tuhan, aku gusar tersalah jalan.
Maka dalam gusar, ayat cinta Allah, dan sabda junjungan itu jadi panduan, jadi suluhan.


Baginda sudah tiada, tapi cintanya masih tinggal untuk kita.

Baginda sudah pergi, tetapi ada sunnahnya untuk kita teladani.

Baginda sudah kembali ke sisi Allah, dan baginda sedang menanti kita dengan penuh rindu...

Sudah sampai saat untuk aku lebih memilih antara dua cinta. Jurangnya besar. Aku harus memilih satu.


Aku sudah pilih.


Semoga sempena maulidur Rasul ini, dengan hikmah cinta baginda, dengan izin Allah ta'ala, aku ingin menjadi umat yang benar-benar baginda rindui, yang lebih memilih sunnah baginda daripada keseronokan dunia, yang lebih mengikut suruhan Allah dan Rasulnya berbanding nafsu durjana.

Kamu yang membaca, tolong doakan aku, doakan kita. Moga di akhirat nanti baginda akan memberikan syafaatnya, dan berbangga punya kita sebagai umatnya.

p/s: juga tolong doakan agar segala urusan untuk mengadakan tayangan maulidur rasul dan selawat berama-ramai dipermudahkan. Mohon doa anda, semoga berjaya memohon segala fasiliti dan bilik. :-)














Saturday, February 12, 2011

Sms valentine untuk si dia!

lebih kurang gini ah sms gambar yang aku hantar kat dia~ picture by google.



tett...tett..tet... handphoneku bergetar menandakan ada mesej masuk....

haha..itu ayat cliche novel. Sebenarnya semalam aku dapat satu mesej dari maxis. Mesej bergambar free sempena Valentine Day. Ada gambar hati warna merah darah dan lagi satu gambar hati warna pink dengan tulisan 'I Love U'. Aku pun fikir2, nak hantar ke tak nak, nak hantar ke tak nak, nak hantar ke tak nak.


Last2 aku ambil keputusan aku nak hantar. Selama ni tak pernah-pernah aku hantar atau mesej bergambar i love u kat dia. Biasanya cakap kat telefon je. Tapi kali ni aku rasa nak hantar, sebab gambar tu cute. Valentine pun dah around the corner..why not kan?


Aku pun forward mesej yang second tu,, yang ada ucapan i love u tu, aku tambah ucapan gudnite sekali. Cari 'my love' dalam contact list, dan send! Aku nekad ah ni. Harap-harap dia sukalah..ahaks!
Aku pun tunggu. Dia tak balas. Aku tunggu. Masih tiada balasan.. Aku terus menunggu. Tiada berbalas juga.
Aku risau gak ah kan..mana tahu dia tak suka.


Tiba2 phone aku vibrate atas meja, dan aku melompat keberukan tengok sender nya adalah 'my love'. Akhirnya dia balas juga mesej aku! Aku pun buka. Tak sabar tengok dia balas apa.. Alhamdulillah, lapang hati aku dia balas sms aku. Romantik sangat, dia memang loving and sweet...

" Thanks sayang.."

and aku juga ada hantar lagi satu dekat num lain, 'my heart', dan dia balas:

" thank u my dear. I luv u so much.."

Serius, aku rasa bahagia sangat. Aku harap hubungan aku dan dia akan baik+aman+bahagia+sentosa+sejahtera+dirahmati selamanya.

Aku tahu dia sayang aku, dan aku pun sayang gile kat dia. InshaAllah, aku cinta dia kerana Allah, dan aku harap hubungan kami diredhai Allah, dan janganlah pula cinta aku kepada dia melebihi cinta aku pada Allah dan Rasulullah..

Mana aku tak sayang, dia yang tolong aku waktu susah senang, sentiasa back-up aku walau apa pun. Comfort aku waktu aku gusar, ingatkan aku waktu aku terlupa, dan selalu nasihatkan aku.
Aku harap dia berjaya dalam apa jua urusan, dan dipermudahkan jalannya menuju redha Allah..
and hari tu, dia pernah bagi aku cincin emas. Maksudnye apa????

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=




ok sudah.

jangan biar syaiton terus biar hasut kau bersangka buruk.Si dia tu mak aku. My love. My heart tu ayah aku. Haha. Malam semalam aku hantar sebenarnya. Dan tak ada kena mengena dengan nak sambut Valentine Day pun, cuma aku guna mesej free yang dapat sempena tu je.


Bagi aku, daripada aku hantar kat bf or gf, baik hantar kat mak ayah aku. Daripada aku terus delete mesej tu sebab aku langsung tak sokong sambutan valentine day, lebih baik aku manfaatkan mesej free tu bagi kat orang yang aku sayang secara halal. Nanti aku nak bagi kat k.long aku pulak. Mesti beliau terharu! oh~



Valentine Day is around the corner, dan aku makin risau. Risau sebab takut menghadapi kemungkinan maksiat yang bakal bertambah jika sambutan tu benar2 diraikan. Coklat, teddy bear, bunga, belon, biasanya jadi hot stuff lah waktu2 gini. Asal-usul valentine tu dah satu hal, tapi masalah lebih teruk ialah, acara2 yang diraikan waktu valentine day tu.
Hari Kekasih.
haha lawaknya.. Kononnya inilah hari agung meraikan pasangan kekasih, raikan cinta kita, yang bersemi dan berputik di musim semi. Harumannya mendamaikan hati kau dan aku.. Akan ku bawa kau bersama ke syurga..ah~ sungguh plastik!



No, aku tak kata semua pasangan kekasih sambut Valentine's Day, dan aku tak kata yang aku benci orang yang menyambutnya, cuma aku benci perbuatan menyambut valentine day itu sendiri. Ia tak patut diraikan, apatah lagi diagung-agungkan. Siapalah yang bawa benda2 merapu gini..haish..



Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk menghalang perkara maksiat. Menghalang diri sendiri dan juga mencegah orang lain. Aku pun tak boleh beria cakap besar aku ni tak sambut benda2 macam ni, tak couple, bla..bla.. bla.., sebab iman manusia itu turun dan naik adanya. dan Allah yang memegang hati2 manusia dan mengurniakan hidayah. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kita hidayah, untuk tetap di jalannya, untuk tak sambut Valentine Day, untuk tidak tertipu dengan khayalan indah perbuatan maksiat sebelum kahwin yang syaiton durjana ciptakan.


Semoga Allah mengurniakan sahabat2 kita yang tercinta yang berkeinginan untuk sambut valentine day itu kesedaran untuk tidak melakukannya, dan semoga Allah hidup suburkan hati kita dengan cahaya RabbaniNYA yang tidak kunjung malap...amin.



and lagi satu, jangan malu dan jangan segan untuk ungkapkan rasa sayang dan cinta kita pada mereka yang berhak memilikinya, yang patut menerimanya. Aku lihat, ramai yang malu dan segan nak cakap i love u kat family sendiri .why not? Tapi aku dulu pun segan gak, bila dah start orait je. Rasa best sangat. Believe in me. Ucapkan sayang dan cinta kita pada mak, abah, datuk, nenek, adik, abang, kakak, sahabat2..Jangan nanti apabila sudah sampai saat dikapankan, baru kita nak menangis teresak2 menyatakan sayangnya kita pada mereka.



ucapkanlah..lafazkanlah..zahirkanlah...
itu penguat cinta kita pada mereka, inshaAllah..

Thursday, February 10, 2011

Pertandingan Banner Sempena Maulidur Rasul (GIA)

Baca tajuk pun dah tau aku nak cite pasal ape kan..
So, just proceed.
Roomate semua dah tidur. Tinggal aku seorang.. sebab aku baru melantak nasi, so tak boleh tidur lagi. (Memang naik mendadak ah kilo sementara nak tunggu habis sem!) Nanti kesian perut aku menangis kena bekerja sedangkan aku tidur. Jadi biarlah aku menemani perut aku proses nasi paprik tadi sambil update blog.Ah, sungguh huduh dan skema pula bahasa aku!

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Walaupun memula agak kucar sebab muslimat2 cute yang nak pergi padang lalang takde bus. So, dengan kalut sesak aini pun roger van polisas. Naiklah kami bertujuh belas satu van....
Alhamdulillah, sampai jugak. Takpe2 ujian, nak buat benda2 baik gini memang banyak ujian sikit, bak kata senior aku dulu.

Ramai gak yang join, and kebanyakan kelas memang ada hantar wakil, termasuk TESL B. Fauzan, Arif, Talhah dan.................AKU! ya, aku.. sebab adli pergi 'lukis' bannner kat gelanggang futsal, aku pun ganti ah dia daftar sebagai peserta. Tapi adli datang gak sebenarnya tengah2 pertandingan tu . Bahkan dia lagi banyak tolong warna dari aku, (dan pojan semestinya).... eh, eh, jap.. aku baru perasan yang wakil tesl b ni chomel2 belaka! wahahaaa!!!

Semua nampak bersungguh-sungguh ah tadi. Paling cantik bagi aku, Tesl D punye. sebab diorang letak glitter. blng-bling lah jadi. tapi ada satu kumpulan ni pun lawa gak. Tapi aku tak tau grup mana. Law lah pastinye, yang dok depan sekali, dekat dengan sinki. Boleh tahan diorang punya banner.Tone warna cantik.
Oh, Group aku pun cantik gak. Arif lukis, talhah warna, pojan tengok, aku pun tolong warna (comot). Kitorang punye banner ada gambar unta ngan matahari. Cantik siot, tapi itu sebelum dimusnahkan oleh background yang caca marba.. layan!!!yang penting dah buat yang terbaik,kan?

Sebenarnya menang ke kalah ke, aku tak kisah sangat. Yang penting sama2 inshaAllah dapat buat something yang boleh membawa ingatan kepada Rasulullah. Maulidur Rasul dah dekat, semoga dengan program2 macam ni, dapat menggalakkan orang sambut ulangtahun kelahiran nabi Muhammad, berbanding sambut Valentine yang 'sweet' sangat tu..haha.."u beli i coklat, i beli u teddy bear!" so swweeeettt~

Oh, even ada yang cakap sambut maulud ni tak perlu, tapi bagi aku ia patut diadakan. Memang lah kata,bukan sekadar pada hari maulidur rasul je kena ingat, setiap hari perlu ingat nabi Muhammad Shallallahu'alaihiwasalam, tapi sebagai manusia yang hina dan lemah dan melayu mudah lupa ni, semoga dengan ada sambutan macam ni, dapat refresh balik iman dan ingatan kita pada baginda. Almaklumlah, sibuk kejar dunia.Eh, eh, terlupa pula ada yang hal2 akhirat yang tertinggal di belakang.
Semoga dengan sambutan macam ni diadakan, kita akan ingat kita punya nabi untuk dicontohi, kita punya idola untuk diteladani, dan kita punya sunnah untuk diikuti.

Rasa sedih pulak tiba2...isk..isk...
harapnya sampai mati pun Allah bagi aku peluang selawat pada nabi tiap2 hari.

ok lah, nanti2 kalau aku dapat gambar aku taruk kat sini.

Wednesday, February 9, 2011

MEEEEMMMAAAANNNGGG BOLLEEEHHH!!!!!

~uuiishhh..cedapnye pkah makan~

Kite ade kawan, nama kawan kite syafiqah.Syafiqah suka kata "memang boleh!".
Kite ngan kawan kite yang name fa tu, suke ejek-ejek die cakap memang boleh. Hari tu kan, korang nak tau tak, kita ngan fa kan, waktu tengah duduk dekat meja nak study, kitorang ejek2 dia tau.. Nak tau tak kitorang ejek macam mana? nak tau tak? nak tau tak? kitorang kan..sebut memang boleh dalam versi kambing, sengau, beruk, kucing dan burung.

Butang 1 untuk bunyi sengau, butang dua untuk bunyi kambing dan Butang 3untuk bunyi beruk. Fa buat2 tekan butang, pastu kite pun buatlah bunyi ikut butang yang die tekan tu. Eh, teringat pulak..Hari tu kan, waktu kitorang nak sleep, pkah dia cakap cow tu beruk, kitorang pun ejek2 dia.eeeee..itupun tak tau. Kite kan, dari tadika lagi dah tahu cow tu lembu. Pastu rumet dia, nama aini.dia cakap pkah bodo grammar,, isk..isk..isk...sian kat pkah.Sian kat dia kan?

Semalam kite ngan fa ngan aini makan kat kedai dengan die, lepas tu kita bosan tau tunggu abang tu masak lama sangat, pastu, kiteorang pun mainlah permainan cakap 'memang boleh' pelbagai versi tu, alah, yang kite cite kat awak mula2 tadi. Fa tekan butang 1, kite buat bunyi memang boleh dalam versi sengau "mhemhang mhuleh!!!".

Pastu kite tanye jadi tak kite buat. Fa, tepuk tangan, fa cakap jadi sangat kite buat. Nak tau tak, fa kalau senyum tak nampak mata. Waktu tu kite nampak muke pkah macam marah. kite ngan fa ngan aini rasa takut sangat. Pastu kite tak nak dah lah buat. Kite pun makan sebab makanan dah sampai..Sebenarnya pkah nak merajuk dengan kiteorang, tapi kita nampak, muka dia sengih2 sebenarnye. eleh, nak merajuk pun tak reti! Eh, kite nak gi makan ni. Fa dengan pkah tu, bukannya boleh makan lambat, biissiiing je nak gi makan. Bye-Bye..akhir kata dari kite.."mmmeeeemmaaannggg booleeehh!!!!"..ahaks..

Tuesday, February 8, 2011

Chicken Soup For The Soul

~chicken soup for the soul~

Tadi ke perpustakaan dengan Aini. Dan mata terpaku bila nampak ia cantik tersusun di rak. Ohh~ baru semalam beria tanya Aisyah mana nak cari edisi lama ni kat bookstore. Rupanya Allah izinkan jumpa dekat library uitm yang selalu kupandang rendah. Jadi malu sendiri..last2 kat sini jugak jumpa.haha. Tak sabar nak habiskan. Jadi masa, tolong kasihani aku!

Love Gathering..I miss you..

I've stayed in the library,
with blue pilot super grip,
and two folded paper,
sticked my eyes on the photocopied FFA,
couldn't take my eyes off it,
and it was a great torment,
forcing myself to find for the 'flowery' phrases,
line by line,
word by word,
and i felt my leg was shivering,
and the stars started to jumped into my hard head,
and i felt like vomitting,
my hands were extremely cold,
dunno why,
i'm not feeling very well today,
i need some refreshment,
maybe Love Gathering will treat me well,
may the Angels come together and surround me,
and i'll be comforted by the bless from The Gracious One...

Thursday, February 3, 2011

13 kriteria lelaki yang boleh jadi idaman hati!

ok, ini saja2 je nak post, sebab perasan bosan.

1) Tak pernah tengok video atau gambar porno dengan sengaja/ dalam keadaan sedar walaupun pernah diajak rakan2.

2) Tidak merokok dan men'shisha', apatah lagi men'dadah'.

3) Berkelakuan lembah-lembut dan baik (lemah lembut bukan bermaksud maknyah), terhadap keluarga, rakan2, semua orang.

4) Mudah memaafkan orang lain.

5) Merendah diri, dan tidak membangga diri dengan kelebihan/kecerdikan/kemewahan/ kekacakan yang ada.

6) Sentiasa elakkan diri daripada mencarut, walaupun 60% percakapan teman sekeliling adalah carutan semata2.

7) Cuba sedaya upaya untuk mengelakkan memandang aurat perempuan/ perempuan. (cuba untuk menundukkan pandangan).

8) Berusaha memperbaiki diri dan tidak melepaskan peluang menuntut ilmu agama.

9) Cinta untuk berada di masjid, dan sentiasa berusaha untuk solat berjemaah di masjid tiap waktu solat.

10) Berjiwa besar, sentiasa memikirkan masalah umat, dan berusaha untuk berdakwah dengan kudrat yang ada.

11) Berusaha untuk memupuk cinta terhadap apa yang disukai Allah, dan merasa benci dengan apa yang mengundang murka Allah.

12) Tidak ego untuk menundukkan badan membuang kotoran/sampah/kayu/batu yang mengotorkan/menghalang jalan.

13) Bersalam dan mencium tangan guru/pensyarah (lelaki) apabila sudah habis kelas

* mungkin akan ditambah dari masa ke semasa.