Sunday, February 27, 2011

Wasiat yang kita patut tahu.

Kalau sebut wasiat je, saya mesti terbayang yang ni!!!~ dunia oh dunia!!



Saya baru sahaja terbaca 10 wasiat Hassan Al-Banna. 'Ter', maksudnya secara tidak sengaja terjumpa, lalu dibaca. Sungguhlah, bersyukur kepada Allah sebab izinkan saya jumpa dan baca. Selama ni ada jugak ternampak buku2 bertajuk wasiat Hassan Al- Banna, tapi tak pernah terdetik nak beli dan baca. Namun, pagi tadi, mata saya terpaku pada mukasurat terakhir Buku himpunan Al-Ma'thurat, tertarik Pada headline nya "10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna".


Lambat-lambat saya pun membaca, dan dush!!! sungguh2 terasa.
kita ni, biasa kalau sebut wasiat, terus terbayang bayang $$$$$$$,, tak pun rumah pusaka besar2 (dan biasanya agak menyeramkan macam selalu dalam citer hantu kat tv3 tu), dan terbayang jugak tanah kebun berekar2, dan tidak terlepas, gelang, rantai, cincin, subang emas lip lap lip lap. Dunia belaka semua tu kan?


Tapi, ini wasiat yang memang tiada ternilai sedikit pun dengan tanah, duit, emas, rumah tu semua. Ini wasiat yang boleh buat kita kaya sekelip mata dengan bekalan untuk ke akhirat, yang boleh bawa kita menuju jalan yang sebenar2nya, dan paling penting, wasiat ini tak payah nak rebut2 berbalah berbunuh bunuhan dengan saudara mara lain untuk mewarisinya. Malah, wasiat ini boleh kita share2 tanpa rasa rugi atau luak sedikit pun bahagian kita. Itu bezanya, wasiat harta benda dunia, dengan wasiat untuk cemerlang di dunia, gemilang menuju akhirat sana.


Dan, lepas baca memang terus rasa bersemangat nak ikut dan cuba turut segala wasiat tu. Serta merta jugak hati rasa melonjak2 nak share ngan ramai2 orang.
Jom, kita ikuti wasiat2 yang telah beliau tinggalkan. Tapi sebelum tu, mari saya terangkan serba sikit, siapa gerangan Imam Hassan Al-Banna ni,..atau lebih tepat lagi, as-syahid imam Hassan al-Banna. Kalau pembaca yang budiman mungkin ada mengesan sebarang kesalahan pada maklumat atau pendapat yang saya bagi, tolong tegur dan betulkan,ye.. :)



Imam Hassan al-Banna ni adalah seorang da'ie (pendakwah), reformis dan pengasas ikhwanul Muslimin. Jangan tak percaya, pada usia 12 tahun, Imam Hassan al-Banna telah pun menghafal al-Quran. (kita, umur 12 tahun a.k.a. darjah 6, tak de terfikir pun nak hafal2 quran ni, boleh main kejar2 dan hantu2 lagi dok ada..malu!!).



Pada usia 23 tahun, Imam Hassan al-Banna telah menubuhkan gerakan Ikhwanul Muslimin di Bandar Islamiyyah pada Mac 1928. Dengan keizinan Allah, dan usaha gigih beliau, gerakan dakwah beliau mendapat sambutan di Mesir dan pelusuk negara2 Islam. Sudah adaatnya, jalan perjuangan itu bukan mudah dan penuh denga onak dan duri, Imam Hassan al-Banna telah ditembak oleh pembunuh dan menghembuskan nafas terakhir pada 12 Februari 1949. Innalillah wa inna ilaihi raaji'un. Gugurnya seorang pejuang agama, namun beliau telah tinggalkan kisah perjuangan untuk kita hayati dan teladani. Juga untuk kita kutip iktibar dan memacu semangat untuk terus berjuang. :)..



Ayuh, jangan buang masa, mari kita telusuri bersama satu demi satu wasiat Imam Hassan al-Banna!! (^_^)



1) Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.

2) Bacalah Al-Quran, atau pelajari tafsirnya, atau dengarkanlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.

3) Bercakaplah dengan Bahasa Arab yang fasih,kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.

4) Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.

5) Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.

6) Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.

7) Jangan engkau tinggikan suara melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.

8) Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.

9) Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal dan mengenal.

10) Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai sesuatu urusan, maka selesaikanlah dalam waktu yang sesingkat-singkatnya.

Dah, selesai baca 10 wasiat. Dalam banyak-banyak wasiat tu, mana satu rasanya telah kita amal dalam hidup?

Dengar azan terus solat? atau dengar azan terus tutup muka dengan gebar, dan kalau tengah hari pulak, cepat2 landing atas katil dan pejam mata rapat2, dengan alasan, sunat tidur sebelum zuhur...hehe... pandai2 je, buat bijok.. sunat tidur sekejap sebelum masuknya waktu zuhur (qailulah/mid-day napping), bukannya sebelum solat zuhur last minute.


Lagi satu yang buat saya gila2 terkedu dan terasa ialah pesanan ke-5 dan 6. Kita ni pantang, benda lawak sikit je, tapi ketawa nya berdekah-dekah, hilang sifat keperempuanan melayu asli, tau! Itu belum lagi kalau campur yang gelakkan kawan2 kalau diorang terkonyo ke, jatuh ke, apa2 lagi yang kita rasa lucu. Siap tragedi tu kita jadikan modal lagi buat dikenag dan disebut2 nak kenakan dia pada masa akan datang. Contohnya, si A pernah jatuh longkang, kita pun ketawa terbahak2, esok dan esok nya pulak, bila lalu dengan si A kat tempat tu lagi, mesti nak ungkit2 lagi cerita beliau tertonggeng dalam tu, then ketawa ramai2 sepuas hati. Biasalah manusia, benda2 tak penting senang je nak ingat dan recall.


Macam tu jugak dengan berjenaka. Ni memang kalau saya sendiri, susah nak control, sebab peliknya, kalau bab nak kenakan orang, memang idea datang mencurah2 dalam kepala otak. Mungkin syaiton tolong kot. Kalau tak usik kang rugi, idea dah ada, cuma perlu nak dikeluarkan sahaja. maka, kita pun gurau lah dengan dia lebih2 sampai ada yang terguris.. Dan sikap kita pun jadi tak serius, hati kita pun jadi lemah, mudah gugup, tak tetap pendirian, mudah gusar, serabut, dan lain2..



*lepas ni memang perlu kurangkan menyakat dan bergurau lebih2. Idea datang pun, cuba benam saja dalam kepala, jangan sampai terluah. Biarpun membuak-buak idea datang, sabar..tarik nafas.. tahan..tahan...


Hakikatnya, bila diteliti balik setiap wasiat tu, sedarlah saya bahawa betapa jauhnya lagi perjalanan untuk menjadi mu'min yang benar2 mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Banyak lagi perlu dibaiki, diupgrade, dipolish. Berlambak lagi anasir2 jahat dalam diri ni yang perlu diusir.


Jom awak, kita sama2 cuba yang terbaik untuk ubah diri kita. Tidak mustahil untuk kita berubah, walaupun ianya tidak mudah. Usaha bersungguh-sungguh dan keinginan yang jitu itulah kunci utama. InshaAllah, when there's a will, there's a way. :-)


* Lepas ni, jom kita cari baaannnyaaak lagi maklumat tentang para pejuang Islam, semoga jadi pembakar semangat kita untuk turut mengikut jejak langkah dan mencontohi kesungguhan mereka!!!

2 comments:

  1. adoii...!! sakitnyer... mmg terkena molep..
    bab solat... time rajin, pergh.. kalah tok imam.. time malas... tidur dulu r...
    bab gelak plak, bila da start.. payoh nk stop dah.. sakit perut.. cramp muscle.. huhuuhu
    bab masa lak.... ader mas, g bukak fb, rs, twit la... ader masa g baca blog (tp kalu ader input y bgs xper la kn.. heheh)

    mcm2 da.. hm.. ok2.. i'll try my best..

    thanks adibah ku cyg.. muah!

    ReplyDelete
  2. Jazakillah Adibah...
    memang terpukul dgn entri...
    teruskan menulis ukht...
    smoga Allah melindungi dan memberkati slalu...
    amin.

    ReplyDelete